NCMD lwn. ARC [2019] 4 SHLR 45
Mahkamah Tinggi Syariah (Shah Alam) Pengesahan Wasiat |
|
Fakta Kes | 1. Pemohon telah memulakan prosiding pengesahan wasiat yang telah ditulis oleh arwah suaminya pada 5 Ogos 2011.
2. Suami Pemohon telah meninggal dunia pada 11 Februari 2017 dan mempunyai harta sebanyak RM1,184,718.15. Beliau telah mewasiatkan harta-harta tersebut kepada –
3. Responden pertama merupakan abang ipar kepada Pemohon dan abang kandung kepada si mati. |
Isu | Sama ada pemberian wasiat si mati kepada Pemohon dan anak angkatnya mengikut kehendak Hukum Syarak dan perundangan |
Alasan Penghakiman | Sama ada pemberian wasiat si mati kepada Pemohon dan anak angkatnya mengikut kehendak Hukum Syarak dan perundangan
(a) Wasiat merupakan salah satu daripada tiga instrumen penyerahan harta di samping faraid dan hibah kepada orang lain beserta syarat dan rukun tertentu. Instrumen ini disebut di dalam al-Quran menerusi Surah al-Baqarah ayat 180 iaitu –
(b) Dalam kitab I’aanat al-Talibin telah mendefinisikan wasiat sebagai penyerahan harta dan hak harta secara sukarela kepada orang lain serta dilaksanakan selepas kematian si pemberi wasiat. Di dalam kitab tersebut juga meletakkan hukum makruh kepada si pemberi wasiat yang lebih daripada satu pertiga. Tanpa niat untuk menghalang waris lain mendapat bahagian daripada harta. (c) Di dalam kes ini, Mahkamah telah merujuk kepada kitab Fiqh al-Manhaji alaa Mazhab al-Imam al-Syafie dalam mengariskan piawaian tertentu bagi memastikan keadilan kepada semua pihak terjamin. Kitab tersebut telah meletakkan 4 rukun wasiat yang perlu ada untuk Mahkamah membenarkan suatu wasiat dilaksanakan. (d) Rukun pertama ialah keadaan pewasiat itu sendiri. Di dalam kitab Fiqh al-Manhaji alaa Mazhab al-Imam al-Syafie hlm 222 mengariskan pewasiat itu hendaklah – (i) Berakal, – Pewasiat waras dan tidak gila. (ii) Baligh, – Pewasiat hendaklah cukup umur. (iii) Pilihan, – Pewasiat tidak dipaksa melakukan wasiat. (iv) Merdeka, – Seorang hamba tidak layak untuk membuat wasiat. (e) Rukun tersebut sejajar dengan seksyen 6 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) Tahun 1999 (Enakmen tersebut) yang memperuntukkan bahawa – “(1) Seseorang pewasiat hendaklah seseorang yang – (a) telah mencapai umur 18 tahun (b) tidak merupakan orang yang tak sempurna akal (c) bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa (d) tidak dilarang daripada menguruskan hartanya” (f) Di dalam kes ini, Mahkamah memutuskan bahawa pewasiat telah memenuhi syarat-syarat yang telah disebut. (g) Rukun kedua pula merujuk kepada penerima wasiat itu. Di dalam kitab Fiqh al-Manhaji alaa Mazhab al-Imam al-Syafie di Juz 5, di hlm 49-50 meletakkan dua golongan yang layak menerima wasiat iaitu – (i) Golongan yang dikhususkan, atau (ii) Golongan yang tidak dikhususkan. (h) Setiap satu daripada golongan tersebut mempunyai syaratnya yang tersendiri. Golongan yang dikhususkan perlu memenuhi syarat berikut: (i) Orang yang layak menerima harta selepas kematian pewasiat. (ii) Bukan maksiat. (iii) Mestilah dikhususkan kepada siapa. (iv) Penerima wasiat wujud ketika suatu wasiat dibuat. (i) Golongan kedua pula tidak ditentukan penerimanya dengan secara khusus. Golongan kedua ini boleh terdiri daripada – (i) Fi Sabilillah (ii) Para ulama (iii) Orang fakir (iv) Ahli Keluarga Rasulullah (v) Saudara mara (vi) Haji dan Umrah (j) Merujuk kepada seksyen 7 Enakmen tersebut memperuntukkan seperti berikut:
(a) Diketahui (b) mempunyai kelayakan untuk memiliki harta yang diwasiatkan; dan (c) jika ditentukan, dia hendaklah wujud ketika wasiat dibuat dan jika tidak ditentukan, benefisiari tidak disyaratkan wujud sama ada ketika wasiat itu dibuat atau ketika pewasiat itu mati.” (k) Di dalam kes ini, Mahkamah memutuskan bahawa pewasiat telah memenuhi syarat-syarat yang telah disebut di atas. (l) Seterusnya untuk rukun ketiga, Mahkamah akan menilai keadaan harta pewasiat. Setiap harta yang hendak diwasiatkan perlulah mencukupi syarat yang ditetapkan sepertimana yang terkandung di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab Imam al-Syafie, juz 5, hlm 51. Syarat-syarat tersebut –
(m) Syarat-syarat tersebut juga diperuntukkan di bawah seksyen 9 Enakmen tersebut – (i) “Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah – (a) Sesuatu yang boleh dijadikan wasiat (b) Sesuatu yang bernilai (c) Sesuatu yang boleh dipindah milik (d) Sesuatu yang wujud di dalam pemilikan pewasiat dan wujud selepas kematian pewasiat. (ii) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda harus dan bukan sesuatu yang haram.” (n) Seterusnya Mahkamah merujuk kepada rukun keempat iaitu lafaz Sighah wasiat seperti yang telah dijelaskan di dalam kitab Fiqh Mazhab Syafie. Di dalam kitab tersebut telah dinyatakan bahawa wasiat boleh dilakukan dalam bentuk jelas ataupun kabur. Bahkan dalam hal akad ini, pewasiat boleh mewasiatkan harta-hartanya dalam bentuk penulisan. (o) Wasiat tersebut hendaklah diterima oleh penerima jika pewasiat telah mewasiatkan hartanya kepada golonggan yang ditentukan. (p) Mahkamah juga merujuk kepada subseksyen 3(1) Enakmen tersebut, iaitu –
(q) Setelah menilai rukun-rukun di atas, Mahkamah juga mengulas mengenai had wasiat iaitu ia mestilah tidak lebih daripada satu pertiga harta. Ini adalah berdasarkan kitab al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab Imam al-Syafie, Juz 5, hlm 54 – “Wasiat melebihi satu pertiga adalah makruh tetapi sah. Namun lebihan daripada satu pertiga harta tersebut mestilah mendapat persetujuan waris.” (r) Selain itu, pemohon juga perlu mendapatkan keizinan daripada waris yang lain sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 26(2) Enakmen tersebut –
(s) Mahkamah juga telah merujuk kepada keterangan Responden yang menyatakan beliau tidak bersetuju dengan permohonan tersebut. |
Keputusan |
1. Responden pertama selaku waris tidak mempersetujui wasiat tersebut. Berdasarkan subseksyen 26(2) Enakmen tersebut dan keputusan kes-kes terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan bahawa wasiat kepada Pemohon adalah tidak sah kerana Pemohon merupakan waris kepada si mati dan harta yang telah diwasiatkan kepada pemohon melebihi satu pertiga daripada harta si mati. 2. Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan untuk meluluskan wasiat kepada anak angkat si mati sebanyak RM4,317.58 yang terdapat di dalam bank Agro Bank Berhad milik si mati kerana wasiat tersebut memenuhi syarat-syarat wasiat. Anak angkat si mati bukanlah waris dan mendapat kurang daripada satu pertiga harta daripada peninggalan si mati. 3. Selain daripada harta yang terdapat di dalam bank Agro Bank Berhad perlulah dibahagikan kepada waris-waris si mati mengikut bahagian faraid masing-masing. |
Kesimpulan |
1. Pengesahan sesuatu wasiat memerlukan kepada tapisan tertentu bagi memastikan wasiat yang dibuat memenuhi syarat-syarat pengesahan wasiat menurut peruntukkan undang-undang dan Hukum Syarak. 2. Syarat-syarat wasiat yang ditetapkan bertujuan untuk menjaga seseorang daripada terambil hak orang lain. Ini kerana mengambil harta orang lain ditegah oleh undang-undang dan Hukum Syarak. |