| Majlis Agama Islam Wilayah Perekutuan (MAIWP) v LSB [2016] JH47 BHG.2
Mahkamah Rayuan Syariah (Wilayah Persekutuan) Rayuan Pembatalan Pengisytiharaan Keluar Dari Agama Islam |
|
| Fakta Kes | 1. Responden di dalam kes ini telah memfailkan tuntutan pengisytiharaan bahawa beliau bukan lagi beragama Islam di Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) dan MTS telah memutuskan yang berikut:
(a)Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif untuk mengisytiharkan bahawa Plaintif adalah seorang bukan Islam kerana Plaintif telah memenuhi syarat murtad berdasarkan ikrar dan perbuatan Plaintif.
2. Tidak berpuas hati dengan dengan keputusan tersebut, Perayu telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah (MRyS) dengan mengplidkan 10 alasan rayuan dan MRyS telah menyimpulkan bahawa terdapat satu isu yang perlu dijawab iaitu:
(a) Sama ada Responden mempunyai bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang menunjukkan Responden telah tidak lagi beragama Islam.
3. Berdasarkan fakta kes, Responden merupakan seorang penganut Buddha dan dibesarkan di dalam keluarga yang berbangsa Cina. Pada 19.2.1993 Responden telah memeluk agama Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kuala Lumpur kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki Muslim (lelaki tersebut).
4. Responden telah berkahwin dengan lelaki tersebut selama dua (2) tahun dan kemudiannya telah bercerai. Perkahwinan Responden tidak dikurniakan cahaya mata.
5. Di dalam fasa perkahwinan tersebut, Responden langsung tidak mengamalkan ajaran Islam dan Responden telah mengaku berterusan mengamalkan ajaran agama Buddha sehinggalah tarikh pemfailan kes di MTS.
6. Pada 7.6.2001, Responden telah membuat permohonan di Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN) untuk menukar nama kepada nama asalnya. Permohonan tersebut diluluskan oleh JPN tetapi pada bahagian agama Responden masih dikekalkan sebagai seorang Islam. Kemudiannya Responden telah membuat satu akuan berkanun pada 2.8.2000 bahawa beliau telah keluar dari agama Islam.
7. Perayu dalam pembelaannya menyatakan fakta yang dikemukakan oleh Responden adalah diluar pengetahuannya dan menyatakan bahawa apabila seseorang telah memeluk Islam, dia adalah terikat dengan agama Islam tersebut. |
| Isu | 1. Sama ada Responden mempunyai bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang menunjukkan Responden telah tidak lagi beragama Islam. |
| Alasan Penghakiman | 1. Sama ada Responden mempunyai bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang menunjukkan Responden telah tidak lagi beragama Islam.
(a) MRyS mendapati bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh Perayu boleh disimpulkan kepada satu isu iaitu sama ada Responden telah mengemukakan keterangan dan bukti yang mencukupi untuk MTS menerima permohonan Responden tersebut.
(b) Perayu telah berhujah bahawa tidak timbul dalam perbicaraan ini tentang kesahan pemelukan Islam Responden. Responden telah memeluk agama Islam secara sah di PERKIM dan telah diberikan Kad Perakuan Memeluk Islam.
(c) Responden telah memeluk Islam pada 19.2.1993 dan hanya berkahwin dengan bekas suaminya pada 2.4.1998 iaitu selepas 6 tahun memeluk agama Islam. MRyS setuju dengan hujahan Perayu bahawa tujuan Responden memeluk Islam hanya kerana hendak berkahwin dengan bekas suaminya itu adalah tidak munasabah dan boleh diragui. Responden juga menyatakan seperti berikut:
Oleh yang demikian, MRyS mendapati bahawa Responden memeluk Islam dengan secara sukarela dan atas pilihannya sendiri dan bukan untuk berkahwin semata-mata.
(d) Seterusnya, Responden memberi keterangan bahawa beliau telah tidak mengamal ajaran Islam selepas memeluk Islam malah berterusan mengamalkan ajaran Buddha. Bagi menyokong dakwaan tersebut, Responden telah melampirkan gambar beliau berada di Tokong dan Akuan Berkanun.
(e) Responden juga telah mengemukakan seorang saksi iaitu bapanya. Tetapi keterangan saksi ini telah dipertikaikan oleh Perayu kerana saksi tersebut telah lanjut usia dan tidak tinggal bersama Responden.
(f) Perayu berhujah bahawa sama ada keterangan tersebut boleh diterima oleh MRyS. Pernyataan Responden tersebut adalah bersifat dakwaan dan keterangan saksi tersebut bersifat bayyinah. Gambar-gambar yang dikemukakan juga tidaklah kuat untuk membuktikan dakwaan Responden bahkan ia akan menimbulkan persoalan lain berkemungkinan gambar-gambar itu diambil bagi tujuan kes ini semata-mata dan bukannya perkara yang sebetulnya berlaku.
(g) Berkaitan dengan saksi Responden, MRyS mendapati saksi mempunyai hubungan darah dengan Responden dan status ini telah menimbulkan tohmahan di dalam keterangannya. Walau bagaimanapun, keterangan saksi tersebut boleh diterima atas keterangan bayyinah. Oleh itu pernyaksian oleh ahli keluarga tersebut tidak mengikat Hakim kerana perlu disokong dengan saksi yang mencukupi memandangkan ia berbentuk bayyinah dan bukan syahadah.
(h) Subseksyen 86(5) Akta Keterangan Mahkamah Syariah 1997 (Enakmen tersebut) dengan jelas memperuntukkan tentang bilangan saksi. Seksyen tersebut memperuntukkan –
Dalam kes ini, Responden hanya mengemukakan seorang saksi bukan Islam yang tidak menepati syarat bilangan minima saksi berdasarkan subseksyen 86(5) Enakmen tersebut.
(i) MRyS juga mendapati bahawa laporan kaunseling menyatakan Responden telah menghadiri 10 kali sesi runding cara/khidmat nasihat tetapi tetap dengan pendirian beliau untuk keluar Islam. Menurut laporan sesi kauseling tersebut, pihak penasihat menyatakan Responden adalah seorang yang jujur dan matang serta dapat berfikir dengan secara kritis dan menerima kesyumulan Islam untuk dipraktikan pada setiap zaman.
(j) MRyS mengingatkan bahawa kes ini merupakan kes yang serius memandangkan ia melibatkan aqidah dan kepercayaan agama. Oleh itu, Responden perlu membuktikan setiap pendakwaan dengan bukti dan keterangan yang kukuh. Di dalam kes ini, pembuktian yang telah dikemukakan oleh Responden adalah tidak kuat dan tidak memenuhi kehendak subseksyen 86(5) Enakmen tersebut. Malah boleh menimbulkan keraguan dan persoalan lain.
(k) MRyS telah bersetuju dengan hujahan Perayu bahawa setiap alasan dan pembuktian yang dikemukakan oleh Responden adalah tidak kuat dan boleh dipertikaikan. Oleh yang demikian, MRyS memutuskan bahawa permohonan Responden di MTS diakas dan dibatalkan serta merta. |
| Keputusan | 1. Mahkamah Rayuan Syariah menerima rayuan Perayu.
2. Perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan tuntutan pengisytiharaan Responden bukan lagi beragama Islam dibatalkan. |
| Kesimpulan | 1. Isu melibatkan aqidah dan kepercayaan agama merupakan isu yang perlu dititik beratkan pada setiap perbicaraan dengan diambil serius oleh setiap lapisan masyarakat. |
Dato’ Dr V Thuraisingam & Anor v Sanmarkan al Ganapathy & Anor [2016] 3 MLJ 227
Dato’ Dr V Thuraisingam & Anor v Sanmarkan al Ganapathy & Anor [2016] 3 MLJ 227 Court of Appeal Negligence — Medical negligence Facts


