| CCJ v Government of State of Sarawak & Anor [2019] 3 MLJ
Mahkamah Persekutuan (Putrajaya) Tindakan saman fitnah oleh kerajaan di bawah Seksyen 3 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (APK). |
|
| Fakta Kes
|
|
| Isu-isu
|
|
| Alasan Penghakiman
|
(1) Sama ada APK 1956, khususnya seksyen 3, menghalang atau mengecualikan pemakaian prinsip Derbyshire County Council v Times Newspapers Ltd & Ors [1993] AC 534 terhadap Kerajaan Negeri Sarawak. (a) Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seksyen 3 APK 1956 memberikan hak kepada kerajaan termasuk Kerajaan Negeri Sarawak untuk memulakan tindakan sivil termasuk tindakan bagi kes fitnah. (b) Mahkamah menegaskan bahawa apabila terdapat undang-undang bertulis yang secara khusus mengawal sesuatu perkara di Malaysia, mahkamah hendaklah merujuk kepada undang-undang tersebut terlebih dahulu dan tidak perlu bergantung kepada prinsip common law England. (c) Dalam perkara ini, APK 1956 merupakan undang-undang khusus yang mengawal prosiding oleh dan terhadap Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri, termasuk Kerajaan Negeri Sarawak. (d) Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa prinsip Derbyshire County Council v Time Newspaper Ltd & Ors [1993] AC 534 yang menghalang badan kerajaan daripada menyaman bagi fitnah tidak terpakai dalam keadaan di Malaysia yang telah mempunyai peruntukan statutori berkenaan. (e) Mahkamah turut menolak hujah bahawa kerajaan tidak mempunyai reputasi yang boleh dilindungi melalui undang-undang fitnah. Menurut Mahkamah, reputasi kerajaan boleh terjejas akibat penerbitan kata-kata berunsur fitnah, walaupun kerajaan tidak mempunyai perasaan atau emosi seperti individu. (2) Sama ada seksyen 3(1)(c) AUUS 1956 menghalang prinsip Derbyshire daripada diterima pakai terhadap Kerajaan Negeri Sarawak. (a) Mahkamah Persekutuan menjelaskan bahawa prinsip Derbyshire merupakan prinsip yang berasal daripada common law England. Oleh itu, persoalan mengenai pemakaiannya di Malaysia perlu dilihat berdasarkan seksyen 3 AUUS 1956. (b) Seksyen 3(1)(c) memperuntukkan pemakaian common law England di Sarawak, tertakluk kepada keadaan tempatan serta kelayakan yang diperlukan berdasarkan local circumstances. (c) Walau bagaimanapun, Mahkamah menegaskan bahawa pemakaian common law England adalah tertakluk kepada kewujudan undang-undang bertulis di Malaysia. Sekiranya telah terdapat undang-undang bertulis yang mengawal perkara tersebut, prinsip common law tidak boleh mengatasi peruntukan statutori tersebut. (d) Dalam kes ini, hak Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyaman telah diberikan secara statutori melalui seksyen 3 APK 1956. Oleh itu, prinsip Derbyshire tidak boleh digunakan untuk menafikan hak yang telah diberikan oleh statut tersebut. (e) Justeru, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai hak untuk memulakan dan meneruskan tindakan fitnah terhadap Defendan. (3) Sama ada pihak yang memohon di bawah aturan 14A KKM 2012 bagi menentukan hanya sebahagian isu yang diplid dianggap telah menggugurkan isu, kausa tindakan atau pembelaan lain yang tidak dimasukkan dalam permohonan tersebut. (a) Mahkamah Persekutuan menjelaskan bahawa aturan 14A membenarkan Mahkamah menentukan mana-mana persoalan undang-undang atau tafsiran dokumen pada mana-mana peringkat prosiding sekiranya persoalan tersebut sesuai ditentukan tanpa perbicaraan penuh dan penentuannya akan menentukan keseluruhan kausa atau sesuatu tuntutan atau isu. (b) Namun, Mahkamah Persekutuan membezakan antara menentukan sesuatu persoalan undang-undang dengan memutuskan keseluruhan tuntutan. Penentuan sesuatu isu di bawah aturan 14A tidak semestinya bermaksud bahawa semua isu fakta dan pembelaan lain telah selesai. (c) Dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa persoalan sama ada kata-kata yang dipertikaikan itu benar-benar bersifat fitnah tidak pernah ditentukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi kerana persoalan tersebut tidak termasuk dalam permohonan aturan 14A. Begitu juga, pembelaan lain yang dikemukakan oleh Defendan tidak pernah dibicarakan. (d) Oleh itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa selepas kesemua persoalan di bawah aturan 14A dijawab memihak kepada Plaintif, tuntutan Plaintif telah terbukti sepenuhnya tanpa memerlukan keterangan lanjut daripada Defendan. (e) Mahkamah Persekutuan seterusnya mengetepikan perintah penghakiman dan taksiran ganti rugi yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan serta memerintahkan supaya kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh termasuk menentukan sama ada kata-kata tersebut benar-benar memfitnah, pembelaan yang dikemukakan oleh Defendan dan jika perlu, taksiran ganti rugi. (f) Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan tidak perlu menjawab secara substantif persoalan sama ada permohonan di bawah aturan 14A menyebabkan pihak tersebut dianggap telah menggugurkan isu atau pembelaan lain, kerana isu-isu yang telah diputuskan oleh Mahkamah sudah mencukupi untuk melupuskan rayuan terebut. Mahkamah secara jelas menyatakan bahawa “We find no necessity to answer question 3.” |
| Keputusan
|
|
| Dapatan Utama
|
|
PP lwn NBAR & Satu Lagi [2025] 5 CLJ
PP lwn NBAR & Satu Lagi [2025] 5 CLJ Mahkamah Rayuan (Putrajaya) Kesalahan Penyeludupan Migran di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran


