ABR v NBM [2017] 1 SHLR 47
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM PERMOHONAN POLIGAMI |
|
Fakta Kes | 1. Plaintif telah mengemukakan permohonan poligami di bawah Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No.2 Tahun 2003].
2. Permohonan ini difailkan atas alasan Defendan tidak mampu untuk memenuhi tuntutan batin Plaintif dan bakal isteri akan menjaga anak Plaintif. 3. Plaintif dan Defendan mempunyai tiga orang anak. |
Isu | 1. Sama ada Plaintif berkelayakan untuk mendapat kebenaran poligami seperti yang terkandung dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor?
2. Sama ada Plaintif wajar untuk mendapat kebenaran poligami? |
Alasan Penghakiman | 1. Sama ada Plaintif berkelayakan untuk mendapat kebenaran poligami seperti yang terkandung dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor?
(a) Agama Islam memberi keharusan kepada lelaki untuk berpoligami, selagi mana lelaki itu mampu menafkahi dan tidak mendatangkan mudarat kepada isteri dan isteri-isteri. Ini berdasarkan al-Quran ayat 3 di dalam Surah an-Nisa’ yang bermaksud –
(c) Seksyen 23(5) memperuntukkan –
(d) Undang-undang ini Seksyen 23(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 digunakan oleh Mahkamah sebagai kayu ukur untuk menilai kemampuan Plaintif. Untuk Mahkamah membenarkan sesuatu permohonan poligami, Plaintif perlu melepasi kesemua syarat-syarat yang telah digariskan. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif, Mahkamah menilai –
2. Sama ada Plaintif wajar untuk mendapat kebenaran poligami? (e) Berdasarkan Seksyen 23(5) Enakmen No. 2 (2003), Mahkamah meneliti sejauh mana keperluan Plaintif untuk berpoligami. Hal ini sekaligus menarik minat Mahkamah untuk menafsir frasa “perlu” dan “patut” yang terkandung dalam Seksyen s23(5)(a) tersebut. Perkataan “patut” bagi Mahkamah adalah penilaian kepada Defendan, manakala perkataan “perlu” pula merujuk penilaian kepada Plaintif. (f) Plaintif di dalam permohonannya mendakwa bahawa Defendan selaku isteri sedia ada tidak berupaya untuk melayani nafsu batin Plaintif. Defendan menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa dia seorang yang normal serta menganggap dirinya tidak berkemampuan kerana Plaintif yang mempunyai habit yang abnormal. Adalah menjadi penemuan Mahkamah bahawa, habit abnormal Plaintif ini tidak boleh untuk dijadikan alasan “patut” kepada permohonan poligami kerana secara asasnya Defendan berupaya menjalinkan hubungan kelamin dan melayani kehendak batin Plaintif. (g) Selain itu, alasan Plaintif bahawa bakal isteri dapat menjaga anak-anak mereka juga tidak boleh dinisbahkan dengan frasa “patut” atau “perlu” memandangkan Plaintif tidak dapat membuktikan dakwaan yang kononnya Defendan tidak mampu menjaga anak-anak tersebut. (h) Oleh hal yang demikian, Mahkamah menolak alasan-alasan Plaintif itu sebagai alasan “patut” kerana kedua-dua alasan tersebut tidak mencapai piawaian “perlu” yang ditetapkan. (i) Mahkamah juga mendapati Plaintif tidak berkemampuan disebabkan takat kewangan Plaintif yang belum mencukupi, yang mana jumlah perbelanjaan semasa Plaintif melebihi jumlah pendapatan bersihnya. Plaintif juga telah gagal membuktikan dakwaannya kepada Mahkamah yang dia mempunyai hasil pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan bulanan. (j) Berhubung keupayaan Plaintif memberi layanan adil kepada isteri sedia ada dan bakal isteri, Mahkamah mendapati ia merupakan suatu aspek yang subjektif memandangkan layanan adil hanya dapat dinilai selepas perkahwinan Plaintif dan bakal isteri disahkan. Segala macam cadangan yang dikemukakan tetaplah hanya sebuah cadangan. Hakikatnya Mahkamah tiada satu instrumen khusus untuk menentukan Plaintif sebagai seorang yang adil. (k) Sama ada Plaintif boleh menjaga keharmonian rumah tangga dengan tidak mendatangkan dhorar kepada semua pihak terlibat, Mahkamah menjadikan apa yang telah dan sedang berlaku kepada Plaintif sebagai qarinah dalam menentukan hala tuju perkahwinan yang dicadangkan itu. Mahkamah mendapati Plaintif tidak membuat perancangan kewangan yang teliti dan tidak bersedia membahagikan harta sepencariannya dengan Defendan. Ia secara automatiknya menjadi sandaran kepada Mahkamah untuk mengira bahawa Dharar Syarie itu mungkin akan berlaku selepas permohonan poligami Plaintif diluluskan. |
Keputusan | 1. Mahkamah telah menolak permohonan Plaintif untuk berpoligami atas alasan Plaintif gagal melepasi syarat-syarat dan aspek-aspek penting yang ditetapkan oleh Enakmen No. 2 (2003) berhubung Seksyen 23(5)(a), (b), (c) dan (d).
2. Plaintif juga mempunyai banyak tanggungan asas dan nafkah sedia ada memandangkan Plaintif dan Defendan dikurniakan 3 orang anak hasil daripada perkahwinan mereka. |
Kesimpulan | 1. Kerajaan telah menggubal undang-undang khusus bagi perkara poligami. Yang mana poligami dibenarkan jika ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada isteri sedia ada dan bakal isteri.
2. Dalam hubungan ini, Mahkamah akan menilai kapasiti tanggungan pemohon bagi menjaga maslahat keadilan dan kepentingan semua pihak yang terlibat terutama sekali isteri dan anak-anak sedia ada dan bakal isteri. |