| HH & Ors v HS [2019] 3 SHLR 11
Mahkamah Rayuan Syariah (Selangor) Rayuan Membatalkan Hibah |
|
| Fakta Kes | 1. Perayu-perayu merupakan anak perempuan kepada Responden. Di dalam kes ini, Perayu-perayu telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan Syariah (MRyS) supaya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) yang telah membenarkan Responden untuk menarik balik dan membatalkan hibah pemberian harta kepada Perayu-perayu.
2. Harta-harta tersebut ialah – (a) Wang tunai kepada perayu-perayu sebanyak RM120,000.00 dan RM100,000.00 setiap orang ke dalam akaun Tabung Haji dan akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB). (b) Saham-saham sebanyak 5130 unit kepada Defendan 1, 5130 unit pada Defendan 2 dan 43604 unit pada Defendan 3 di dalam S&R Sdn Bhd. (c) Sebuah rumah kedai di Kajang, Selangor yang dipegang 1/5 bahagian oleh setiap perayu. (d) Sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi, Selangor yang dipegang 3/4 bahagian oleh Defendan 3 dan 1/4 bahagian oleh Defendan 2. (e) Sebuah apartmen di Kuala Lumpur yang dipegang 3/4 bahagian oleh Defendan 2. (f) Sebuah rumah banglo di Bandar Baru Bangi, Selangor dipegang 1/5 bahagian oleh Perayu-perayu. (g) Sebuah rumah kembar 2 tingkat di Kajang, Selangor dipegang 1/3 bahagian oleh Defendan 2. |
| Isu-isu | 1. Sama ada harta-harta tersebut adalah milik mutlak Responden.
2.Sama ada wujudnya rukun sighah semasa pindah milik harta tersebut. 3. Sama ada harta-harta tersebut boleh ditarik balik oleh Responden |
| Alasan Penghakiman | 1. Sama ada harta-harta tersebut adalah milik mutlak Responden
(a) Hakim MRyS menyemak semula perbicaraan di MTS mengenai status pemilikan harta-harta tersebut. (b) Perayu-perayu mendakwa harta tersebut merupakan harta yang bercampur pemilikan bersama-sama Perayu dan juga isteri Responden. (c) Untuk wang tunai yang berada di dalam akaun Tabung Haji dan akaun ASB, MTS mendapati tiada keterangan yang kukuh menyokong dakwaan Perayu-perayu yang mengatakan bahawa Perayu-perayu dan ibunya ada memasukkan sedikit wang ke dalam akaun. (d) Ini kerana jumlah duit yang dimasukkan terlampau banyak dan mustahil untuk Perayu-perayu mengumpulkannya dalam masa yang singkat. Perayu-perayu juga ketika itu masih kecil. (e) Selain itu, tiada keterangan yang kukuh menunjukkan ibu Perayu-perayu menyumbang kepada duit tersebut memandangkan ibu Perayu tidak bekerja semasa duit itu dikumpul. Ini menguatkan lagi hasil dapatan MTS mengenai pemilikan harta tersebut. (f) Wujudnya qarinah untuk menolak dakwaan Perayu-perayu dan MRyS bersetuju yang Responden adalah pemilik kepada wang yang berada di dalam akaun-akaun tersebut. (g) Mengenai saham Syarikat S&R, Hakim MRyS bersetuju dengan Hakim Bicara MTS. Responden telah memasukkan 5130 unit pada Defendan 1, 5130 unit pada Defendan 2 dan 43604 unit pada Defendan 3 kepada Perayu-perayu. Tindakan itu memerlukan kepada penguasaan penuh Responden untuk berbuat demikian. Secara asasnya, penama kepada saham mempunyai akses untuk memindah milik saham miliknya kepada orang lain. Oleh yang demikian, MTS berpendapat bahawa saham-saham tersebut adalah milik Responden dengan secara mutlak. (h) Seterusnya status harta tak alih seperti – (I) Rumah kedai di Bandar Sri Putra (II) Rumah teres di Bangi Golf Resort (III) Rumah berkembar di Bandar Seri Putra (IV) Apartmen di Jalan Bukit Setiawangsa (V) Rumah banglo di Bangi Golf Resort MTS telah bersetuju bahawa harta-harta tak alih berikut adalah milik mutlak Responden. MTS mendapati bahawa kesemua bayaran untuk mendapatkan harta-harta tersebut oleh Responden. Walaupun didakwa adalah milik bersama ibu mereka, tetapi tidak dapat dibuktikan dakwaan tersebut. (i) MRyS mendapat MTS tidak terkhilaf di dalam memutuskan hak milik harta-harta tersebut. Berdasarkan keterangan dan dapatan yang ditemui jelas menunjukkan harta tersebut merupakan hak milik Responden.
2. Sama ada wujudnya rukun sighah semasa pindah milik harta tersebut (j) Seterusnya MTS menilai rukun Hibah untuk menentukan status pindah milik tersebut sama ada telah berlaku Hibah ataupun tidak. (k) Di dalam Kitab Fiqh Islami wa Adilatuhu Jld 5 ms 8 menerangkan bahawa –
Di dalam kes ini MTS merujuk kepada hibah. (l) Pindah milik wang ke dalam akaun Tabung Haji dan akaun ASB serta transaksi penamaan terhadap harta-harta tak alih yang dilakukan oleh Responden telah menunjukkan sempurnanya pemberian dan penerimaan hibah. (m) Responden dalam keterangannya menjelaskan ia adalah hibah walaupun tidak mengetahui apakah maksud hibah tersebut.
3. Sama ada harta-harta tersebut boleh ditarik balik oleh Responden (n) Jika syarat mencukupi, hibah seorang ayah kepada anaknya boleh ditarik balik.Di dalam kes ini, Responden merupakan ayah kepada Perayu-perayu. Secara asasnya, harta-harta tersebut boleh ditarik balik jika memenuhi syarat yang ditetapkan. (o) Di dalam Jurnal Muamalat bertajuk Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah ms 174-176 meletakkan syarat-syarat untuk penarikan hibah iaitu – (I) Harta yang dihibahkan perlu dalam pemilikan anak. (II) Harta yang dihibahkan masih dalam penguasaan anak. (III) Tiada pertambahan pada harta yang dihibah itu barang yang tidak dapat diasingkan darinya. (p) MRyS mendapati bahawa harta-harta yang yang ditarik balik oleh Responden masih berada dalam pemilikan dan penguasaan Perayu-perayu kecuali harta yang berada di dalam akaun ASB dan Tabung Haji. (q) MRyS mendapati Responden gagal membuktikan harta tersebut berada dalam pemilikan Perayu-perayu semasa proses penarikan balik wang tersebut dilakukan. Responden tidak memenuhi syarat penarikan hibah yang ditetapkan. Oleh itu, MRyS mendapati Hakim Bicara MTS telah terkhilaf apabila memerintahkan wang di dalam akaun ASB dan Tabung Haji bernilai RM120,000.00 dikembalikan kepada Perayu-perayu. |
| Keputusan | 1. MRyS mendapati Hakim Bicara MTS tidak berbuat kesilapan mengenai pemilikan harta-harta tersebut. Selepas penilaian dibuat, MRyS bersetuju dengan dapatan MTS bahawa harta-harta tersebut merupakan milik mutlak Responden.
2. MRyS mendapati Hakim Bicara MTS telah terkhilaf apabila memerintahkan wang-wang yang berada dalam akaun ASB dan Tabung Haji tersebut dikembalikan kepada Responden. Ini kerana harta tersebut tidak memenuhi syarat penarikan balik hibah. 3. MRyS membatalkan perintah MTS yang memerintahkan wang-wang dalam akaun ASB dan Tabung Haji dikembalikan kepada Responden dan mengekalkan perintah-perintah MTS yang lain. |
| Kesimpulan | 1. Hibah merupakan instrumen untuk seseorang memindahkan hak milik hartanya kepada orang lain secara sah menurut Hukum Syarak dan undang-undang.
2. Instrumen hibah mempunyai syarat-syarat tertentu yang mesti dipenuhi agar ia sah dan tidak boleh dicabar oleh sesiapapun. |
SAKK v Industrial Court of Malaysia & Anor [2025] 4 MLRA 385
SAKK v Industrial Court of Malaysia & Anor [2025] 4 MLRA 385 Court of Appeal (Sabah & Sarawak, Kota Kinabalu) Constructive Dismissal under the


