MMZ v MZA [2018] JH47 BHG.2
Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor
Rayuan Pembahagian Harta Sepencarian |
|
Fakta Kes | (a) Perayu telah memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) dengan menuntut sebuah hartanah di Bukit Jelutong, Shah Alam (hartanah tersebut) diisytiharkan sebagai harta sepencarian.
(b) Hakim Bicara MTS telah mensabitkan seperti berikut: (i) Mahkamah mensabitkan bahawa hartanah tersebut adalah harta sepencarian di antara Plaintif (Perayu) dan Defendan (Responden) dengan kadar 50% bahagian kepada Perayu dan 50% kepada Responden.
(c) Terkilan dengan keputusan MTS tersebut, Perayu telah memfailkan Notis Rayuannya di Mahkamah Rayuan Syariah (MRyS) dan mengplidkan dua (2) alasan rayuan. MRyS telah memilih satu (1) sahaja alasan yang perlu dijawab – (i)Hakim MTS telah terkhilaf apabila memerintahkan kadar pembahagian harta sepencarian bagi hartanah tersebut adalah 50:50 di antara Perayu dan Reponden. |
Isu |
|
Alasan Penghakiman |
(a) Perayu berasa terkilan dengan keputusan MTS tidak menyebelahinya kerana pada hemat Perayu, di dalam Fakta Yang Dipersetujui beliau telah memberikan sumbangan yang lebih banyak berbanding Responden kepada hartanah tersebut iaitu sebanyak RM280,800.00.
(b) Tambah Perayu lagi, dakwaannya itu tidak perlu dibuktikan kerana telah diakui sendiri oleh Responden. Justeru kadar pembahagian harta sepencarian Perayu sepatutnya lebih besar berbanding Responden.
(c) Responden pula menghujahkan bahawa MTS tidak terkhilaf di dalam membuat keputusan apabila memerintahkan kadar pembahagian hartanah tersebut 50:50 kepada Perayu dan Responden. Hal ini kerana, Responden juga turut memberikan sumbangan langsung sebanyak RM500,000.00 termasuk pengubahsuaian, deposit dan ansuran rumah. Responden juga menambah bahawa jika dikira dari takat sumbangan, Responden patut dapat bahagian lebih banyak berbanding Perayu.
(d) Hakim MTS telah meneliti segala dakwaan yang dikemukakan oleh Perayu dan Responden. Hakim MTS mendapati bahawa dakwaan Perayu atas sumbangan langsung sebanyak RM280,000.00 tidak konsisten dengan keterangan utamanya di mana dinyatakan sumbangan Perayu adalah sebanyak RM327,600.00. Manakala sumbangan Responden sebanyak RM500,000.00 gagal dibuktikan dakwaan tersebut. Oleh yang demikian, Hakim MTS memutuskan bahawa kadar 50:50 adalah wajar kepada Perayu dan Responden.
(e) Bagi memutuskan hal ini, MRyS telah melihat kepada catatan perbicaraan dan dokumen-dokumen berkaitan. Berdasarkan pliding Pernyataan Tuntutan dan Pembelaan, hartanah tersebut dibeli pada 26.4.2004 dengan harga RM802,589.00 dan didaftarkan atas nama Perayu dan Responden. Pinjaman telah dibuat oleh pihak-pihak sebanyak RM650,000.00 dan ansuran bulanan hartanah tersebut adalah sebanyak RM3,200.00 sebulan. Responden bahkan mengakui bahawa Perayu telah membayar ansuran bulanan tersebut pada setiap bulanan.
(f) Oleh kerana jumlah pinjaman yang dibuat hanya RM650,000.00 daripada harga jualan RM802,589.00, sudah tentunya ada satu jumlah wang yang dibayar kepada pemaju/penjual iaitu sebanyak RM152,589.00. MRyS tidak menjumpai fakta atau keterangan tentang pihak yang membayar jumlah tersebut. Oleh itu, MRyS telah membuat keputusan bahawa kedua-dua pihak telah membuat bayaran tersebut sama banyak.
(g) Berkenaan pembayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,200.00, MRyS mendapati adanya keterangan yang mengatakan bahawa Perayu yang telah membuat pembayaran ansuran tersebut bermula tahun 2006 sehinggalah pada tarikh perbicaraan. Tiada fakta yang jelas bilakah bermulanya ansuran pembayaran pertama tersebut berlaku. Walau bagaimanapun, berdasarkan fakta ini jelas mendapati bahawa Perayu telah membuat lebih banyak sumbangan ke atas hartanah tersebut berbanding Responden.
(h) Berkenaan dengan sumbangan Responden sebanyak RM500,000.00, MRyS mendapati bahawa tiada sebarang bukti dan keterangan yang jelas menyokong dakwaan tersebut. Dokumen-dokumen yang dikemukakan juga kebanyakkan adalah berkaitan pembelian perabot dan kelengkapan rumah. Walaupun begitu, MRyS tidak menafikan dan mendapati terdapat dokumen berkaitan pengubahsuaian rumah oleh Responden. Ia seharusnya diambil kira dalam menentukan kadar sumbangan Responden kepada hartanah tersebut.
(i) Pengiraan takat sumbangan di dalam suatu harta sepencarian sepatutnya dikira dari tarikh harta tersebut diperolehi sehinggalah kepada tarikh perceraian pihak-pihak. Manakala apa-apa bayaran yang dibuat selepas tarikh perceraian hendaklah diberi milik kepada pembayarnya sama ada secara tunggal atau pun secara bersama.
(j) Di dalam kes ini, MRyS telah menegaskan wujudnya fakta bahawa ansuran bulanan rumah tersebut masih dibayar secara berterusan selepas penceraian. MRyS berpendapat bahawa adalah wajar tempoh tersebut diambil kira bagi menentukan takat sumbangan pihak-pihak. Manakala baki pemilikan selepas itu adalah hak dan milikan Perayu sepenuhnya.
(k) Berdasarkan ulasan-ulasan tersebut, MRyS berpuas hati bahawa Hakim MTS telah terkhilaf apabila memutuskan takat sumbangan dan kadar pembahagian antara Perayu dan Responden sebanyak 50:50. MRyS berpuas hati bahawa takat sumbangan Perayu adalah lebih besar dari Responden yang melayakkannya memperolehi kadar pembahagian yang lebih besar. |
Keputusan |
|
Kesimpulan |
|
Aizz Amidie bin Aziz & Ors v Public Prosecutor [2021] MLJU 444
Aizz Amidie bin Aziz & Ors v Public Prosecutor [2021] MLJU 444 Court of Appeal (Putrajaya) Refusal by the High Court to refer a