NBR LWN MAIS [2018] SLRHU 7

 

NBR LWN MAIS [2018] SLRHU 7

Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam

Pengisytiharan Keluar Agama Islam

Fakta kes

1.    Plaintif iaitu NBR telah dilahirkan pada 1987 di Perak.  Kedua-kedua ibu dan bapa Plaintif adalah berbangsa India.

2.    Pada awalnya, Plaintif dimaklumkan kedua ibu bapanya telah memeluk Islam selepas beliau dilahirkan.  Namun, tidak ada keterangan yang jelas mengenai perkara berkenaan tidak direkodkan bila kedua-dua ibu bapa masuk Islam dan Dimana pengislaman mereka didaftarkan.

3.    Plaintif dibesarkan oleh neneknya yang beragama Hindu dan dibesarkan dengan adat resam, budaya dan agama Hindu.

4.    Pada 13 April 2015 Plaintif telah menfailkan jes melalui Saman dan Pernyataan Tuntutan dan menamakan Majlis Agama Islam Selangor sebagai Denfendan.

5.    Defendan pula telah menfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama Afidavit Sokongan agar Plaintif menjalani sesi penasihatan akidah yang dikendalikan oleh Unit Penasihatan Akidah, Jabatan Mufti Negeri Selangor selama 6 bulan dengan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.

6.    Selepas sesi tersebut, satu laporan telah dikeluarkan dan Plaintif masih tetap meneruskan permohonannya untuk keluar daripada Islam.

Isu-isu

1.    Sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes ini;

2.    Sama ada status Plaintif sebagai Islam atau sebaliknya; dan

3.    Kewajaran Tuntutan Balas diputuskan.

Ratios 1.      Bidangkuasa Mahkamah

(a) Tindakan di dalam kes ini adalah untuk mendapatkan hak suatu pengisytiharan mengenai status Plaintif yang bukan lagi orang Islam di bawah peruntukan Seksyen 61 (3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [EPAIS 2003] yang memperuntukkan –

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan :

(x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;

(xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya

 

(b) Tuntutan Plaintif ini adalah terhadap perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah sebagaimana peruntukan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 121(1A) yang secara jelasnya memperuntukkan bahawa –

 

‘Mahkamah-Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.’

 

(c)Peruntukan di atas diperkuatkan lagi dengan Perkara 74(2), Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa –

‘Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi yang menganut agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam, menentukan perkaraperkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.’

(d)Terdapat beberapa kes Mahkamah Sivil yang mengiktiraf kuasa eksklusif Mahkamah Syariah berhubung dengan tuntutan Plaintif ini seperti kes-kes berikut:

(i) Kes Dalip Kaur Gurbux Singh lwn. Pegawai Polis Daerah (OCPD) Bukit Mertajam & Satu Lagi, [1991] 1 MLRA 301; [1992] 1 MLJ 1; [1991] 1 CLJ (Rep) 77; [1991] 3 CLJ 2768, Mohamed Yusof SCJ dalam membincangkan sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk mengisytiharkan seseorang itu telah murtad telah menyatakan seperti berikut:

“Such a serious issue, would, to my mind, need consideration by eminent jurists who are properly qualified in the field of Islamic jurisprudence. On this view it is imperative that the determination of the question in issue requires substantial consideration of the Islam law by relevant jurists qualified to do so.”

(ii) Kes Priyathaseny & Yang Lain lwn. Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak & Yang Lain [2003] 1 MLRH 92; [2003] 2 MLJ 302; [2003] 2 CLJ 221, Abdul Hamid Embong menyatakan:

 “Clause 1A of art 121 of the Federal Constitution provides that the High Courts shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah Court thus ensuring no conflict of jurisdiction.”

(iii) Kes Zubeydah Shaik Mohd lwn. Kalaichelvan Alagapan & Yang Lain [2002] 4 MLRH 349; [2003] 2 MLJ 471; [2003] 8 CLJ 840; [2003] 3 AMR 168, HMT telah menyatakan:

(i) Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang Islam itu telah keluar dari agama Islam atau menjadi murtad. Kuasa itu adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ini sememangnyalah begitu kerana soal sama ada seseorang Islam telah terkeluar daripada agamanya atau menjadi murtad merupakan isu yang serius yang hanya boleh ditentukan oleh pakar-pakar yang berkelayakan dalam bidang perundangan Islam.

(ii) Seseorang yang mengisytiharkan dirinya telah keluar daripada agama Islam perlu mendapatkan pengesahan daripada Mahkamah Syariah. Pengisytiharan melalui surat akuan berkenaan yang mengisytiharkan seseorang itu telah keluar daripada agama Islam adalah tidak memadai untuk menentukan kedudukan seseorang itu sama ada telah keluar dari agama Islam atau sebaliknya.

2. Isu Kedua: Status Plaintif Sama Ada Islam Atau Sebaliknya:

(a) Mahkamah telah merujuk Seksye 2 EPAINS 2003 menjelaskan bahawa definisi orang Islam adalah sebagaimana berikut:

“Orang Islam” ertinya:

(a) Seorang yang menganut agama Islam;

(b) Seorang yang salah seorang atau kedua-dua ibubapanya, pada masa kelahiran orang itu, ialah orang Islam;

 (c) Seseorang yang dibesarkan atas asas bahawa dia orang Islam;

(d) Seseorang yang lazimnya dikenali sebagai orang Islam;

(e) Seseorang yang telah memeluk agama Islam mengikut s 108; atau

(f) seseorang yang ditunjukkan telah menyatakan dalam hal keadaan apabila dia terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, bahawa dia ialah orang Islam, sama ada pernyataan itu secara lisan atau bertulis.

Plaintif harus memenuhi salah satu syarat di atas untuk dianggap sebagai seorang yang beragama Islam.

3. Kewajaran Tuntutan Balas Diputuskan:

(a)Defendan dalam Tuntutan Balasnya antaranya menuntut:

(b) Mahkamah memerintahkan Plaintif menjalani proses pemurnian akidah dan/atau proses istitabah di Pusat Pemurnian Akidah, Majlis Agama Islam Selangor untuk Plaintif memahami dan mendalami ajaran Islam di bawah peruntukkan s 244 dan 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor Tahun 2003;

(c) Mahkamah memerintahkan Penguasa Pusat Pemurnian Akidah menempatkan Plaintif di Pusat Pemurnian Akidah sehingga tempoh yang bersesuaian; dan

(d) Mahkamah mengarahkan Lembaga Zakat Selangor untuk memberikan bantuan zakat kepada pihak Plaintif sepanjang tempoh Plaintif berada di Pusat Pemurnian Akidah untuk membiayai keperluan asas Plaintif.

2. Dalam isu ini, Defendan juga menyatakan Plainitif wajar diberi peluang dan ruang yang lebih untuk proses dakwah dan tarbiah  kepada Plaintif.

3. Namun, Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif adalah seorang yang bukan Islam dari awal kerana pemohon gagal untuk memenuhi syarat-syarat yang menunjukkan dirinya sebagai orang Islam. Oleh yang demikian, proses Istitabah adalah tidak relevan terhadap Plaintif.

 

 

Keputusan

1. Setelah Mahkamah meneliti dan berpuashati dengan Saman dan Penyata Tuntutan, Pembelaan dan Tuntutan Balas, keterangan lisan yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan saksi-saksi di dalam perbicaraan serta hujah bertulis pihak-pihak bersama semua dokumen sokongan yang telah dikemukakan, maka Mahkamah tekah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:

(a) Mahkamah dengan ini mengisytiharkan bahawa NBR adalah bukan seorang Islam.

(b) Tuntutan balas Defendan ditolak.

 

Pengambilan Utama

1.    Mahkamah Tinggi Syariah telah menetapkan bahawa untuk menentukan sama ada seseorang itu boleh diisytiharkan sebagai keluar daripada Islam ada dengan merujuk kepada Seksyen 2 Enakmen Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang telah memberikan ciri-ciri orang yang  beragama Islam.

2.    Selain itu Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa yang eksklusif dalam menentukan status agama seseorang.

3.    Akhir sekali, sekiranya Mahkamah mendapati pemohon tidak lagi menunjukkan dirinya sebagai seorang yang masih berminat untuk menjalankan kehidupannya sebagai seorang Islam. Jadi Mahkamah boleh mengistiharkan pemohon tersebut sebagai telah keluat daripada agama Islam.

 

Share:

More Posts

DATIN SERI ROSMAH BT MANSOR V PUBLIC PROSECUTER [2021] MLJU 2394 COURT OF APPEAL (PUTRAJAYA) Stay Proceedings in Criminal Cases Facts of the case 1.   

SAJ v NHJ [2022] 1 ShLR

  SAJ v NHJ [2022] 1 ShLR Syariah High Court (Shah Alam, Selangor) Appeal on application for confirmation of marriage. Facts of the case 1.   

Send Us A Message