SER lwn. MRA [2023] SLRAU 12
Mahkamah Rayuan Syariah (Shah Alam) Permohonan bagi lanjutan masa |
|
Fakta Kes |
1.Kes ini adalah berkaitan permohonan bagi lanjutan masa untuk penyerahan Alasan Rayuan dan Rekod Rayuan kepada Responden susulan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonan pengkomitan terhadap Responden.
2. Permohonan lanjutan ini dikemukakan oleh Pemohon setelah beliau gagal untuk menyerahkan Alasan Rayuan dan Rekod Rayuan dalam tempoh yang ditetapkan menurut subseksyen 141(1) dan subseksyen 142(3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 3 Tahun 2003]. 3. Susulan kegagalan tersebut, Pemohon telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Rayuan Syariah (“MRys”) dengan memohon, antara lain- (a)Kebenaran diberikan kepada Pemohon untuk melanjutkan tempoh penyerahan Alasan Rayuan dan Rekod Rayuan kepada Responden sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 238(1) dan (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 3 Tahun 2003]; dan (b)Relif-relif lain yang difikirkan wajar dan adil oleh Mahkamah. |
Isu |
1. Sama ada alasan-alasan yang dikemukakan oleh Pemohon dalam permohonan lanjutan masa ini diterima oleh mahkamah. |
Alasan Penghakiman | 1. Sama ada alasan-alasan yang dikemukakan oleh Pemohon dalam permohonan lanjutan masa ini diterima oleh mahkamah?
(a) Pemohon telah memfailkan Notis Rayuan pada 9 Jun 2022, diikuti dengan pemfailan Alasan Rayuan pada 24 Ogos 2022 yang kemudiannya diserahkan kepada Peguam Syarie Responden. (b) Seterusnya, pada 26 September 2022, Pemohon memfailkan Rekod Rayuan dalam tempoh enam minggu selepas pemfailan Alasan Rayuan dan turut menyerahkannya kepada Peguam Syarie yang sama. (c) Namun, semasa prosiding pengurusan kes pada 29 November 2022, Mahkamah hanya menerima serahan Notis Rayuan dan menolak serahan Alasan Rayuan serta Rekod Rayuan atas alasan serahan tidak dibuat mengikut kaedah yang sah dan dibenarkan menurut undang-undang yang berkuat kuasa. (d) Oleh itu, Pemohon memohon budi bicara Mahkamah di bawah subseksyen 238(1) dan (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No.3 Tahun 2003] iaitu-
(e) Subseksyen 238(1) dan (2) memperuntukkan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa untuk melanjutkan atau memendekkan tempoh masa yang ditetapkan sama ada oleh Enakmen, penghakiman, perintah atau arahan Mahkamah, bagi pelaksanaan sesuatu tindakan dalam prosiding. Kuasa ini boleh dilaksanakan oleh Mahkamah melalui perintah dan atas terma yang difikirkannya adil. Tambahan pula, Mahkamah dibenarkan untuk melanjutkan tempoh tersebut walaupun permohonan hanya dibuat selepas tempoh asal telah luput. (f)Sebelum Mahkamah menyatakan tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh Pemohon, Mahkamah mengambil kira beberapa faktor-faktor yang membolehkan Mahkamah memberikan tempoh lanjutan masa seperti berikut:
(i) Oleh itu, mahkamah ini merujuk kepada Arahan Amalan No 13 Tahun 2021 yang menjelaskan-
(j)Mahkamah bersetuju bahawa kelewatan serahan terhadap kedua-dua dokumen tersebut bukanlah disengajakan. |
Keputusan |
1. MRyS telah menerima rayuan yang telah dibuat oleh Pemohon. |
Kesimpulan |
1. Permohonan Pemohon untuk lanjutan masa penyerahan Alasan Rayuan dan Rekod Rayuan adalah disebabkan kekhilafan dalam serahan dokumen kepada Peguam Syarie belum berwakalah. Namun, menurut Arahan Amalan No. 13 Tahun 2021, wakalah dalam prosiding asal masih berkuat kuasa bagi tujuan rayuan. Mahkamah mendapati kelewatan adalah bukan disebabkan kecuaian atau niat sengaja oleh Pemohon. Mahkamah turut mengambil kira faktor seperti sebab kelewatan, tempoh kelewatan, kebarangkalian rayuan berjaya, serta tahap prejudis terhadap Responden. Oleh itu, Mahkamah membenarkan permohonan lanjutan masa dan menerima rayuan yang telah difailkan. |
Aizz Amidie bin Aziz & Ors v Public Prosecutor [2021] MLJU 444
Aizz Amidie bin Aziz & Ors v Public Prosecutor [2021] MLJU 444 Court of Appeal (Putrajaya) Refusal by the High Court to refer a