No. | Soalan | Jawapan | ||||||||||||||||||||||||
1. | Apa maksud Hibah? | Hibah adalah Hadiah kepada seseorang yang dibuat semasa pemberi masih hidup. | ||||||||||||||||||||||||
2. | Apa maksud Wasiat? | Wasiat adalah sumbangan sesuatu yang dilaksanakan selepas kematian. | ||||||||||||||||||||||||
3. | Apa maksud Faraid? | Pembahagian harta pusaka orang Islam yang telah ditetapkan Allah sepertimana yang diperuntukkan dalam Al-Quran Surah An-Nisa-11,12 & 176. | ||||||||||||||||||||||||
4. | Apakah perbezaan Hibah, Wasiat dan Faraid. | Rujuk Jadual 1.
|
||||||||||||||||||||||||
5. | Apakah jenis harta yang boleh dihibahkan? | Harta alih dan harta tak alih.
Harta alih termasuk kereta, wang tunai, KWSP, insurans, beg tangan berjenama, dan lain-lain yang mempunyai nilai.
Harta tak alih pula seperti tanah dan rumah. |
||||||||||||||||||||||||
6. | Kepada siapa harta boleh dihibahkan? | Sesiapa sahaja sama ada ahli waris atau bukan waris.
|
||||||||||||||||||||||||
7, | Siapa yang patut buat Hibah? | Sesiapa sahaja boleh buat Hibah. Hibah adalah amalan terpuji yang disarankan dalam Islam. Antara orang-orang yang dinasihatkan untuk buat Hibah adalah-
(a) suami isteri yang tidak mempunyai anak; (b) suami isteri yang ada anak lelaki dan anak perempuan; (c) suami isteri yang ada anak perempuan sahaja; dan (d) mana-mana orang lain. |
||||||||||||||||||||||||
8. | Apa tujuan Hibah? | Antaranya untuk memastikan kebajikan orang yang disayangi terjaga. | ||||||||||||||||||||||||
9. | Apakah maksud hartanah bercagar? | Hartanah bercagar bermaksud harta yang dibeli dan digadai atau diserah hak (melalui proses pendaftaran gadaian ke atas hakmilik tersebut) kepada institusi kewangan atau kerajaan atau individu sebagai jaminan untuk menjamin kepentingan pihak tersebut yang memberi pinjaman untuk membolehkan bayaran pinjaman dibuat kepada penjual atau pemaju.
Hartanah bercagar ini hanya akan dilepaskan dari gadaian dan/atau surat ikatan penyerahan hak akan hanya dibatalkan setelah peminjam (pemilik hartanah) menyelesaikan segala pinjaman yang dibuat.
Justeru itu, sepanjang tempoh pinjaman dan selagi mana pinjaman tersebut tidak diselesaikan maka sebarang transaksi pindahmilik ke atas harta bercagar tidak boleh dilaksanakan oleh pemilik hartanah tersebut tanpa kebenaran dan kelulusan daripada pemegang gadaian/ cagaran tersebut.
Ini adalah kerana hartanah tersebut adalah satu jaminan bagi pinjaman yang telah dikeluarkan/ dibuat oleh pihak pemegang gadaian, atau penerima serah hak. |
||||||||||||||||||||||||
10. | Bolehkah saya hibahkan hartanah bercagar? | Hibah hartanah bercagar adalah tertakluk kepada keizinan pemegang gadaian/ bank. | ||||||||||||||||||||||||
11. | Apakah syarat untuk mendapatkan izin bank? | Secara amnya, cagaran/ pinjaman tersebut mestilah dilindungi dengan polisi perlindungan insurans ataupun Takaful iaitu MRTA/MRTT.
Polisi perlindungan tersebut juga mestilah melindungi keseluruhan jumlah pinjaman dan keseluruhan tempoh cagaran/pinjaman. |
||||||||||||||||||||||||
12. | Apakah maksud MRTA/MRTT? | Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) adalah sejenis insurans konvensional pinjaman perumahan yang direka dengan jumlah yang diinsuranskan menyusut, mengikut tempoh pinjaman perumahan anda.
Mortgage Reduction Term Takaful (MRTT) merupakan pelan perlindungan Takaful (“Syariah compliance”) yang direka untuk melindungi obligasi gadai janji anda sekiranya kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) berlaku ke atas orang dilindungi sewaktu tempoh perlindungan.
Contoh- Individu A-
Individu B-
|
||||||||||||||||||||||||
13. | Apakah beza antara insurans dan takaful? | Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu kepada syarikat insurans. Pencarum insurans dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada pemegang polisi dalam bentuk premium (bayaran bulanan) dan sekiranya pemegang polisi mengalami kecederaan, penyakit dan sebagainya yang termasuk dalam polisi insurans, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada pemegang polisi dan/atau penama dan/atau waris.
Takaful ertinya suatu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta jika diperlukan yang dengannya peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), pencarum takaful memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkannya menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
Secara asasnya insurans dan takaful adalah sama dari segi memberikan perlindungan kepada pencarum jika berlaku keadaan-keadaan yang tertentu sepertimana yang diperuntukkan dalam polisi atau sijil insurans dan takaful. |
||||||||||||||||||||||||
14. | Bagaimana sekiranya perlindungan MRTA/MRTT tiada/tidak penuh? | Sekiranya pelanggan ingin membuat Hibah hartanah bercagar yang tidak mempunyai MRTA/MRTT penuh, disarankan untuk mengambil polisi MLTT.
Walau bagaimanapun, hibah hartanah bercagar ini adalah tertakluk kepada keizinan pemegang gadaian/bank. |
||||||||||||||||||||||||
15. | Apakah maksud MLTT? | Mortgage Level Term Takaful (MLTT) adalah perlindungan takaful hayat yang direka untuk memberi sokongan kewangan, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Jumlah keseluruhan yang dijamin dalam perlindungan ini kekal, dan tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. MLTT adalah produk kewangan Islam yang memastikan jumlah pembayaran yang perlu dibuat kekal sama sepanjang tempoh pelan.
Ini mengekalkan nilai pembayaran yang dijamin, yang bermaksud nilai jaminan yang akan dibayar pada saat tuntutan adalah sama dari tahun pertama hingga tahun terakhir perlindungan.
Contoh- Individu C-
|
||||||||||||||||||||||||
16. | Apakah beza MRTA/MRTT/MLTT? | Rujuk Jadual 2. |
JADUAL 1 – PERBEZAAN ANTARA FARAID, WASIAT & HIBAH
PERBEZAAN | FARAID | WASIAT | HIBAH |
Maksud | Pembahagian harta pusaka orang Islam yang telah ditetapkan Allah sepertimana yang diperuntukkan dalam Al-Quran Surah An-Nisa-11,12 & 176. | Sumbangan sesuatu yang dilaksanakan selepas kematian | Hadiah kepada seseorang yang dibuat semasa pemberi masih hidup. |
Rukun | (a) Si mati
(b) Waris (c) Harta
|
(a) Pewasiat
(b) Penerima wasiat (c) Harta yang diwasiatkan (d) Lafaz wasiat |
(a) Pemberi Hibah
(b) Penerima Hibah (c) Barang/Harta Hibah (d) Akad Hibah |
Syarat | (a) Harta dimilik oleh Si mati | (a) Pewasiat
● Berakal semasa membuat wasiat ● Baligh ● Rela hati
(b) Penerima wasiat ● Hidup ketika kematian Pewasiat ● Bukan waris
(c) Harta wasiat ● Sah di sisi syarak ● Harta Wasiat hendaklah dinyatakan secara spesifik ● Tidak lebih 1/3 nilai harta Pewasiat
|
(a) Pemberi Hibah
● Pemilik harta ● Waras ● Baligh ● Mukallaf/boleh menguruskan harta sendiri ● Rela hati ● Tiada paksaan
(b) Penerima Hibah ● Mukallaf ● OKU/bawah umur hendaklah diwakili pemegang Amanah ● Hidup semasa proses Hibah berlaku
(c) Barang/Harta Hibah ● ·Harta yang sah disisi syarak ● Wujud ketika Akad Hibah ● Milik Pemberi Hibah |
Kadar | Sepertimana yang ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunnah. | 1/3 daripada keseluruhan nilai harta. | Tidak terhad dan tidak perlukan persetujuan waris. |
Persetujuan Waris | Tidak perlu. | Tidak perlu jika wasiat hanya 1/3 daripada harta.
Jika lebih, perlu persetujuan waris lain.
Jika waris tidak setuju, hanya berhak 1/3 sahaja. |
Tidak perlu. |
Penerima | Ahli waris yang layak. | Sesiapa sahaja kecuali ahli waris. | Sesiapa sahaja. |
Pelaksanaan | Dilaksanakan selepas ditolak kos urus jenazah, hutang, wasiat, harta sepencarian, hibah. | Dilaksanakan selepas pewasiat mati. | Dilaksanakan semasa Pemberi Hibah hidup. |
JADUAL 2 – PERBEZAAN ANTARA MRTT, MRTA & MLTT
PERBEZAAN | MRTT | MRTA | MLTT |
Maksud | Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) merupakan pelan perlindungan Takaful yang direka untuk melindungi obligasi gadai janji anda sekiranya kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal berlaku ke atas orang dilindungi sewaktu tempoh perlindungan. | Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) adalah sejenis insurans pinjaman perumahan yang direka dengan jumlah yang diinsuranskan menyusut, mengikut tempoh pinjaman perumahan anda.
|
Mortgage Level Term Takaful (MLTT) pula direka untuk memberikan jaminan kewangan kepada keluarga anda, sekiranya terjadi kes kematian atau kecacatan kekal. |
Perlindungan | Kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal. | Kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal. | Kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal. |
Jumlah perlindungan | Berkurangan mengikut tempoh pelan. | Berkurangan mengikut tempoh pelan. | Kekal sepanjang tempoh pelan.
|
Pembayaran polisi | Pembayaran sekaligus di awal pelan.
|
Pembayaran sekaligus di awal pelan.
|
Bayaran-
● Bulanan; ● setiap 3 bulan; ● setiap 6 bulan; atau ● secara tahunan.
Jumlah bayaran kekal sama sepanjang tempoh pelan. |
Pembayaran kepada
(sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal) |
Bank atau institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahan
|
Bank atau institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahan
|
Bank, melangsaikan nilai tertunggak pinjaman perumahan
DAN/ATAU
+Bayaran lebihan polisi kepada benefisiari |
Kos | Pembayaran sekaligus dan boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan. Mencerminkan pengurangan nilai pembayaran. | Pembayaran sekaligus yang boleh dimasukkan dalam jumlah pinjaman perumahan. Mencerminkan pengurangan nilai pembayaran. | Kos jangka panjang yang lebih tinggi disebabkan jumlah perlindungan yang tetap, dibayar secara ansuran |
Prinsip Perbankan Islam | Ya.
|
Tidak.
|
Ya.
|
Disediakan oleh,
Nur Syaheerah Razailani
Tetuan Misyail Othman & Co.