No. | Soalan | Jawapan |
1. | Apa maksud ‘retention sum’? | ‘Retention sum’ atau dalam Bahasa Melayu ialah wang taruhan bermaksud duit yang dipegang oleh peguam sebagai ‘stakeholder’ (MONCO) sebanyak 5% daripada harga belian rumah. |
2. | Apa tujuan wang taruhan tersebut? | Tujuan wang taruhan tersebut adalah untuk memastikan pihak Pemaju membetulkan apa-apa kerosakan yang mungkin berlaku pada rumah pembeli. |
3. | Berapa lama tempoh tanggungan kecacatan (‘defect liability period’)? | Tempoh tanggungan kecacatan (‘defect liability period’)selama 24 bulan dari tarikh penyerahan kunci rumah. |
4. | Bila wang taruhan tersebut akan dilepaskan kepada Pemaju?
|
Wang taruhan akan dilepaskan secara berperingkat kepada pihak Pemaju-
(a) 2.5% yang pertama akan dilepaskan selepas 8 bulan dari tarikh penyerahan kunci. (b) 2.5% yang kedua akan dilepaskan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan(‘defect liability period’) iaitu selama 24 bulan. |
5. | Apa jenis kerosakan yang mungkin berlaku semasa tempoh tanggungan kecacatan (‘defect liability period’)? | Kerosakan seperti keretakan pada dinding, papan lantai atau jubin lekang, lekapan yang tidak digunakan seperti sambungan elektrik, suis lampu atau paip air dan lain-lain lagi.
|
6. | Bagaimana untuk mengenalpasti kerosakan yang terdapat di rumah pembeli selepas mendapat kunci rumah? | Pembeli boleh mengenalpasti kerosakan yang terdapat pada rumah dengan menggunakan pita pengukur, pad nota dan pita penanda untuk mencatat hasil pemerhatian terhadap keadaan rumah tersebut.
|
7. | Apakah langkah yang seterusnya selepas pembeli mengenalpasti kerosakan tersebut?
|
Langkah yang seterusnya adalah pembeli perlu mencatatkan setiap kerosakan atau kecacatan pada borang tuntutan kecacatan yang telah disediakan oleh pihak Pemaju ketika pembeli mendapat kunci rumah dan melampirkan gambar kerosakan untuk dihantar semula kepada pihak Pemaju. |
8. | Bagaimana jika ada lagi kerosakan yang timbul selepas pembeli telah menghantar borang tuntutan kecacatan kepada Pemaju?
|
Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pembeli untuk melaporkan kerosakan yang timbul lagi selepas borang tuntutan kecacatan telah dihantar kepada Pemaju-
(a) Pembeli boleh menandakan pada tempat yang mempunyai kerosakan atau kecacatan dengan menggunakan pita penanda dan mengambil gambar sebagai bukti. (b) Kemudian, pembeli boleh melaporkan kerosakan tersebut dengan meng-emel-kan kepada pihak Pemaju di info@pr1ma.my dan cc kepada MONCO di admin@monco.my. (c) Jika selepas 30 hari laporan dibuat dan tiada maklum balas diterima daripada pihak Pemaju, maka pembeli boleh membaiki kerosakan tersebut. (d) Walau bagaimanapun, sebelum pembeli memulakan proses membaiki kerosakan, pembeli mesti maklumkan kepada pihak Pemaju yang mana pembeli akan membaiki kerosakan tersebut dan nyatakan kos untuk membaiki kerosakan tersebut melalui kiriman emel. (e) Pembeli mesti menunggu selama 14 hari daripada tarikh makluman melalui kiriman emel di perenggan (d). Hal ini kerana untuk memberi peluang kepada pihak Pemaju untuk bertindak dan membaiki kerosakan tersebut. (f) Jika selepas 14 hari tersebut masih tiada maklum balas daripada pihak Pemaju, maka pembeli boleh meneruskan proses membaiki kerosakan tersebut dan menuntut kos membaiki kerosakan terhadap Pemaju. |
9. | Apa jadi jika pembeli telah membuat pengubahsuaian pada rumah dalam tempoh tanggungan kecacatan (‘defect liability period’)? | Pengubahsuaian rumah boleh menyumbang kepada kerosakan pada rumah. Oleh itu, jika pembeli membuat pengubahsuaian di dalam tempoh tanggungan kecacatan (‘defect liability period’), pihak Pemaju tidak bertanggungjawab dan tidak akan menangung kos membaiki kerosakan rumah tersebut.
Hal ini seperti diperuntukkan dalam Peraturan dan Undang-undang (‘Rules and Regulations’) iaitu Perkara 2.6 Jadual Ketujuh (‘Seventh Schedule’) Perjanjian Jual Beli (SPA), adalah salah satu syarat dalam SPA bahawa pembeli tidak boleh membuat sebarang kerja pengubahsuaian terhadap rumah tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak Pemaju. |
Disediakan oleh,
Nurhidayah binti Rahim
Tetuan Misyail Othman & Co