No. | Soalan | Jawapan |
|
Apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka? | Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati iaitu harta alih dan harta tak alih.
Contoh harta alih adalah seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan, perabot rumah, pakaian, emas, barangan berjenama dan sebagainya. Contoh harta alih pula adalah seperti tanah, rumah, lombong, sawah, telaga dan tasik. |
2. |
Apakah yang dimaksudkan dengan “harta pusaka kecil”? | Harta peninggalan si mati tanpa wasiat yang bernilai RM 2,000,000.00 ke bawah. Harta yang berikut adalah dianggap sebagai harta pusaka kecil:
|
3. |
Apakah kategori nilai harta pusaka? |
|
4. |
Apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka berwasiat dan/atau tidak berwasiat “(testate and intestate estate)”? | Harta pusaka berwasiat-
Si mati meninggalkan harta dengan surat wasiat terakhir yang sah. Surat wasiat menerangkan cara-cara bagaimana harta pusaka hendaklah dibahagikan antara waris-warisnya. Harta pusaka tidak berwasiat- Si mati meninggalkan harta tanpa surat wasiat terakhir yang sah. |
5. |
Apakah maksud wasiat terakhir yang sah? | Wasiat terakhir yang dibuat oleh si mati sebelum kematian dan wasiat tersebut dikira sah sekiranya wasiat selari dan tidak mengandungi syarat-syarat yang bercanggah dengan undang-undang wasiat yang berkuat kuasa. |
6. |
Kenapa saya perlu buat wasiat? | Jika anda menyediakan wasiat, anda dapat memastikan kebajikan orang tersayang terjaga selepas kematian anda. Selain itu, wasiat akan memudahkan proses pembahagian harta selepas kematian.
Tambahan pula, wasiat bukan sahaja instrumen untuk pengurusan harta anda, tetapi wasiat juga membolehkan anda untuk memilih sesiapa sahaja untuk menerima harta anda selepas kematian anda. |
7. |
Bagaimana jika saya mati tanpa wasiat? | Sekiranya anda mati tanpa wasiat, harta anda akan dibahagikan mengikut peruntukan dalam Akta Pembahagian 1958 (Akta 300). Pembahagian adalah tertakluk kepada waris yang masih hidup iaitu sepertimana diperuntukkan dalam Akta 300. |
8. |
Siapa yang boleh membuat wasiat? | Individu yang berusia 18 tahun ke atas dan juga mempunyai akal yang waras serta memiliki harta pusaka. |
9. |
Bagaimana wasiat saya akan dilaksanakan selepas kematian? | Orang yang dilantik dalam wasiat membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan geran probet bagi menguruskan proses pembahagian harta berdasarkan wasiat si mati. |
10. |
Apakah yang dimaksudkan dengan “probet”? | Probet ialah tindakan untuk memperakukan dan mengesahkan sesuatu wasiat yang ditinggalkan oleh si mati. Tujuan probet adalah untuk memberi pengiktirafan kepada sesuatu wasiat yang sah di sisi undang-undang. |
11. |
Bagaimanakah harta saya akan diuruskan sekiranya saya tiada wasiat? | Bagi individu yang meninggal dunia tanpa membuat wasiat, pembahagian harta akan diurus berdasarkan Akta 300. Waris si mati hendaklah memohon Surat Pentadbir Harta untuk menguruskan pembahagian harta si mati. |
12. |
Berapa kali wasiat boleh dipinda? | Tiada had atau sekatan untuk meminda wasiat anda. Walau bagaimanapun, hanya wasiat terakhir yang dibuat akan berkuat kuasa. |
13. |
Bolehkah saya membuat wasiat sendiri tanpa menggunakan khidmat peguam? | Kami menasihatkan agar anda tidak membuat wasiat sendiri. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa perkara dan undang-undang yang perlu dipatuhi untuk memastikan wasiat itu adalah sah dan boleh berkuat kuasa. Oleh itu, dinasihatkan supaya anda menggunakan khidmat profesional dalam menyediakan wasiat. |
14. |
Saya masih bujang dan saya membuat wasiat untuk ibu bapa saya. Sekiranya saya berkahwin dan mempunyai anak kelak, dan saya tidak sempat untuk membuat wasiat baru sebelum meninggal dunia, adakah isteri dan anak saya tidak akan mendapat harta saya? | Seksyen 12 Akta 300 memperuntukkan bahawa wasiat yang telah dibuat oleh seseorang akan terbatal disebabkan oleh perkahwinannya kecuali wasiat itu dibuat khusus untuk perkahwinan yang bakal berlansung (“in contemplation of a marriage”).
“Section 12. Every will made by a man or woman shall be revoked by his or her marriage, except a will made in exercise of a power of appointment, when the property thereby appointed would not in default of such appointment pass to his or her heir, executor or administrator or the person entitled in case of his or her intestacy: Provided that a will expressed to be made in contemplation of a marriage shall not be revoked by the solemnization of the marriage contemplated; and this proviso shall apply notwithstanding that the marriage contemplated may be the first, second or subsequent marriage of a person lawfully practising polygamy.” |
15. |
Bolehkah saya mewasiatkan harta saya kepada badan kebajikan? | Anda boleh mewasiatkan harta anda kepada sesiapa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menyatakan maklumat yang lengkap bagi penerima harta anda untuk memudahkan proses pembahagian kelak. |
Disediakan oleh,
Nur Syaheerah Razailani
Legal Associate
Tetuan Misyail Othman & Co