RMN lwn NM [2023] SLRAU 29

RMN lwn NM [2023] SLRAU 29

Mahkamah Rayuan Syariah (Shah Alam)

Permohonan Rayuan terhadap Perintah Interim Hadhanah

Fakta Kes

1. Kes ini berkaitan permohonan rayuan terhadap Perintah Interim Hadhanah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

2. Pemohon merupakan bekas suami kepada Responden yang telah bercerai pada 1 Mei 2022.

3. Pemohon turut menfailkan permohonan hak jagaan sementara ke atas keempat-empat anak tersebut. Namun, Mahkamah telah menolak permohonan Pemohon berdasarkan seksyen 201 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003 [Enakmen No.3 Tahun 2003].

4. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan bahawa jagaan sementara untuk anak pertama, kedua dan ketiga (MQRR dan MQRaR) diberikan kepada bapa (Pemohon), manakala anak keempat (MQRafR) diberi kepada ibu (Responden).

5.Susulan kegagalan tersebut, Pemohon telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Rayuan Syariah dengan memohon, antara lain-

(a) Memberikan hak jagaan sementara bagi keempat-empat anak tersebut kepada Permohon.

(b) Mengubah Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam iaitu memberikan hak jagaan anak keempat dibawah jagaan Responden kepada Pemohon.

Isu

1. Sama ada Hakim Bicara terkhilaf dalam mengambil kira status quo terhadap Hak Jagaan Sementara bagi keempat-empat anak tersebut?

Alasan Penghakiman

1.  Sama ada Hakim Bicara terkhilaf dalam mengambil kira status quo terhadap Hak Jagaan Sementara bagi keempat-empat anak tersebut?

(a) Pemohon telah menghujahkan bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf dalam meletakkan hak jagaan anak keempat kepada Responden yang tidak bertepatan dengan subseksyen 87(3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)2003 [Enakmen No.3 Tahun 2003] tanpa mengambil kira status quo penjagaan anak tersebut bersama pemohon.

(b) Dalam menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Pemohon, Mahkamah mengingatkan bahawa semakan hanya dibenarkan sekiranya terdapat kecacatan yang serius dalam proses perbicaraan atau keputusan yang dibuat oleh YA Hakim Bicara adalah secara material bercanggah dengan undang-undang atau Hukum Syarak. Hal ini bertepatan dengan Arahan Amalan Mahkamah Syariah No 7 Tahun 2014 [AA7/2014] iaitu-

‘Peraturan Semakan Kes di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah telah menetapkan garis panduan untuk menentukan sama ada sesuatu permohonan semakan wajar dibenarkan atau sebaliknya.’

(c) Mahkamah turut meneliti alasan yang dikemukan oleh Pemohon seperti berikut:

(1) Perintah Hakim Bicara telah bercanggah dan bertentangan dengan prinsip keadilan, kebajikan dan kemaslahatan anak keempat.

(2) Hakim Bicara turut tidak menimbang status quo berkaitan penjagaan anak keempat tersebut yang sudah lama berada di bawah jagaan Pemohon sejak Julai 2022 sebaik sahaja Responden keluar dari rumah kelamin mereka.

(d) Mahkamah turut merujuk kepada kes yang telah diputuskan sebelum ini untuk memberikan panduan dalam membuat pindaan ini agar bertepatan dengan prinsip undang-undang berkaitan pemakaian status quo berkaitan hak jagaan iaitu kes NMNWH lwn NAMC (Permohonan No 1XXXXXXX-XXXX-2016) di mana Mahkamah di dalam kes tersebut telah menjelaskan-

“Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf kerana tidak mengambil kira status quo jagaan anak-anak oleh pihak-pihak selepas perceraian sehingga tempoh empat tahun berlalu. Panel Hakim menegaskan bahawa maslahah dan kepentingan anak-anak perlu diberi keutamaan memandangkan mereka telah terbiasa dengan susunan penjagaan yang dilaksanakan secara harmoni sepanjang tempoh tersebut.”

(c) Berdasarkan otoriti-otoriti yang dirujuk serta fakta kes, Mahkamah berpendapat bahawa maslahah dan kepentingan anak keempat akan terjejas sekiranya keadaan status quo ini diganggu, kerana anak tersebut sudah terbiasa dengan proses perjalanan keadaan penjagaan sedia ada selama lebih kurang setahun secara lancar dan harmoni.

Keputusan

1.  Mahkamah Rayuan Syariah telah menerima permohonan semakan oleh Pemohon.

Kesimpulan

1. Mahkamah Rayuan Syariah menegaskan bahawa sebarang perubahan terhadap status quo penjagaan anak tanpa justifikasi yang kukuh boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan anak. Dalam kes ini, tempoh jagaan oleh Pemohon telah mewujudkan kestabilan yang sewajarnya dihormati. Maka, demi menjaga kebajikan anak, permohonan semakan dibenarkan dan Perintah Interm Hadhanah sebelum ini diketepikan.

Share:

More Posts

Send Us A Message