|
PP lwn NBAR & Satu Lagi [2025] 5 CLJ Mahkamah Rayuan (Putrajaya) Kesalahan Penyeludupan Migran di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) |
|
|
Fakta Kes
|
|
|
Isu-isu
|
|
|
Alasan Penghakiman
|
(1) Sama ada hukuman penjara selama empat tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah terlalu ringan dan tidak selaras dengan hukuman berat yang diperuntukkan di bawah seksyen 26A ATIPSOM. (a) Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hukuman penjara selama empat tahun adalah terlalu ringan, tidak memadai secara ketara (manifestly inadequate) serta gagal mencerminkan tahap keseriusan kesalahan tersebut. (b) Pindaan seksyen 26A ATIPSOM pada tahun 2022 yang meningkatkan hukuman maksimum daripada 15 kepada 20 tahun menunjukkan hasrat Parlimen untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap penyeludupan migran. (c) Oleh itu, hukuman bagi kesalahan ini hendaklah berpaksikan prinsip pencegahan (deterrence) bagi membendung kesalahan tersebut, bukan sahaja pesalah tetapi juga mayarakat umum. (d) Pemberian hukuman yang terlalu ringan oleh Mahkamah Tinggi akan mensia-siakan hasrat serta usaha pihak berkuasa dan penggubal undang-undang dalam mengekang jenayah keselamatan yang serius ini. (e) Mahkamah Rayuan merujuk kepada prinsip undang-undang dalam kes PP v LLH 4 CLJ 869, yang menetapkan bahawa mahkamah rayuan wajar campur tangan sekiranya hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah bawahan adalah salah dari segi prinsip atau jelas tidak memadai. (2) Sama ada Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam memberikan pengurangan hukuman yang berlebihan dengan memberikan penekanan yang tidak wajar kepada faktor pengakuan bersalah oleh tertuduh sehingga mengabaikan keseriusan kesalahan dan kepentingan awam. (a) Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dari segi prinsip apabila memberikan pemberatan yang berlebihan kepada faktor pengakuan bersalah tertuduh sehingga menyebabkan pengurangan hukuman yang terlalu tinggi. (b) Walaupun pengakuan bersalah boleh diambil kira sebagai faktor yang meringankan hukuman, ia tidak memberikan hak secara automatik kepada tertuduh untuk mendapatkan pengurangan hukuman. (c) Pemberian pengurangan hukuman adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah berdasarkan fakta dan keadaan setiap kes. (d) Apabila kepentingan awam menuntut hukuman berbentuk pencegahan yang berat, atau sekiranya keseriusan kesalahan mengatasi faktor mitigasi peribadi pesalah, maka kesan daripada pengakuan bersalah tersebut mesti diketepikan demi kepentingan masyarakat. (3) Sama ada tindakan menyeludup migran keluar dari Malaysia atau menghantar mereka pulang ke negara asal boleh dianggap sebagai faktor yang meringankan hukuman (mitigation), berbanding tindakan menyeludup migran masuk ke dalam negara. (a) Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tindakan membawa migran keluar dari Malaysia atau menghantar mereka pulang ke negara asal bukanlah faktor mitigasi yang boleh dipertimbangkan bagi meringankan hukuman. (b) Di bawah seksyen 2 ATIPSOM, takrifan undang-undang bagi kesalahan “penyeludupan migran” merangkumi perbuatan mengatur, memudahkan atau merancang kemasukan secara tidak sah ke dalam atau melalui , mahupun pengeluaran tidak sah dari mana-mana negara. (c) Undang-undang secara nyata tidak membezakan antara perbuatan menyeludup masuk atau menyeludup keluar migran. Kedua-dua perbuatan tersebut masing-masing membawa liabiliti di sisi undang-undang. (d) Tindakan Hakim Mahkamah Tinggi yang menganggap perbuatan membawa keluar migran sebagai faktor yang meringankan hukuman adalah satu kesilapan undang-undang yang nyata. (4) Sama ada Mahkamah Tinggi telah gagal mempertimbangkan tahap keseriusan kesalahan khususnya tindakan tertuduh mengabaikan keselamatan nyawa 25 migran termasuk 11 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dibawa meredah laut menggunakan bot semata-mata demi wang upah. (a) Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi telah gagal mempertimbangkan keadaan keseriuan kes di mana tertuduh langsung tidak menghiraukan keselamatan nyawa para migran yang dibawa. (b) Fakta kes yang diakui menunjukkan tertuduh membawa seramai 25 orang migran termasuk 11 orang Wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. (c) Tindakan membawa jumlah mangsa yang ramai meredah laut lepas secara haram dengan hanya menggunakan sebuah bot membuktikan tertuduh mengabaikan keselamatan nyawa mangsa semata-mata kerana didorong oleh faktor keuntungan upah. (d) Mahkamah menegaskan bahawa perbuatan mempertaruhkan nyawa manusia demi memperoleh keuntungan material merupakan suatu faktor pemberat yang serius dan wajar diberikan hukuman yang setimpal. (5) Sama ada hukuman penjara empat tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah selaras dengan trend penghukuman terkini yang telah ditetpkan oleh Mahkamah atasan bagi kesalahan penyeludupan migran. (a) Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hukuman penjara selama empat tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah tersasar jauh dan tidak selaras. (b) Berdasarkan keputusan-keputusan terdahulu oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, trend penghukuman terkini bagi kesalahan penyeludupan migran di bawah seksyen 26A ATIPSOM menunjukkan bahawa hukuman penjara yang dikenakan adalah konsisten dalam lingkungan lapan hingga sepuluh tahun. (c) Mahkamah Rayuan menyelaraskan semula hukuman dengan menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama lapan tahun terhadap kedua-dua tertuduh setelah mengambil kira faktor usia mereka. (d) Kegagalan Mahkamah Tinggi untuk mengaplikasikan trend penghukuman semasa ini merupakan kekilafan undang-undang yang mewajarkan campur tangan mahkamah di peringkat rayuan. |
|
Keputusan
|
|
|
Dapatan Utama
|
|


