JI v WBWD & ORS [2019] 4 ShLR 1
Mahkamah Tinggi Syariah (Shah Alam) Tuntutan Harta Sepencarian |
|
Fakta Kes | 1. Plaintif telah memulakan tindakan untuk menuntut harta sepencarian harta-harta Allahyarham bekas suaminya (si mati).
2. Di dalam tindakan ini Plaintif telah menyenaraikan 7 hartanah iaitu – (a) Sebidang tanah di Jalan Bachok, Kelantan (Tanah Pertama). (b) Sebidang tanah di Mukim Gunong, Kelantan (Tanah Kedua). (c) Sebidang tanah di Kampung Kubang Telaga, Kelantan (Tanah Ketiga). (d) Sebidang tanah di Mukim Kuau, Kelantan (Tanah Keempat). (e) Sebidang tanah di Jajahan Kota Bahru, Kelantan (Tanah Kelima). (f) Sebidang tanah di Daerah Peringat, Kelantan (Tanah Keenam). (g) Sebidang tanah di Kampong Bukit Temalong, Kelantan (Tanah Ketujuh).
3. Hartanah-hartanah tersebut adalah tanah yang telah didaftarkan di dalam dokumen milik dan atas nama si mati.
4. Plaintif dan si mati telah bernikah pada 4 Mei 1993 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Defendan Pertama (1).
5. Sebelum berkahwin dengan Plaintif, si mati juga telah bernikah dengan isteri lain dan telah dikurniakan seramai enam (6) orang anak iaitu Defendan Kedua (2) hingga Defendan Ketujuh (7). |
Isu | 1. Sama ada hartanah-hartanah tersebut itu milik si mati.
2. Sama ada hartanah-hartanah tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan.
3. Sama ada takat sumbangan Plaintif menjadi faktor pemberat kepada kadar tuntutan harta sepencarian. |
Alasan Penghakiman | 1. Sama ada hartanah-hartanah tersebut itu milik si mati.
(a) Mahkamah telah memutuskan bahawa tiada masalah pemilikan kepada Tanah Pertama hingga Tanah Ketiga kerana hartanah-hartanah tersebut dibeli oleh si mati semasa hayatnya.
(b) Yang menjadi pertikaian ialah status pemilikan Tanah Keempat hingga Tanah Ketujuh. Mahkamah perlu memutuskan status hartanah-hartanah tersebut kerana telah dipertikai oleh Plaintif.
(c) Plaintif memberikan keterangan bahawa hartanah-hartanah tersebut diperolehi melalui lesen pendudukan sementara (Temporary Occupational License). Jadi hartanah-hartanah tersebut tidak boleh dipindah milik menurut seksyen 68 Kanun Tanah Negara.
(d) Walau bagaimanapun, hartanah-hartanah tersebut telah dinamakan atas nama si mati dengan status pegangan selama-lamanya.
(e) Mahkamah melihat bahawa daftar dokumen hakmilik tersebut adalah bersifat konklusif dan perlu diakui kesahihannya. Ia adalah sah dan berkuatkuasa sebagai suatu keterangan kepada pemilikan sesebuah hartanah sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 304 Kanun Tanah Negara.
(f) Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa Tanah Keempat hingga Tanah Ketujuh juga merupakan hak milik si mati.
2. Sama ada hartanah-hartanah tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan.
(g) Mahkamah perlu memastikan bahawa hartanah-hartanah tersebut menepati seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 di mana hartanah-hartanah tersebut hendaklah diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama Plaintif dan si mati.
(h) Plaintif layak untuk menuntut harta sepencarian sekiranya sejajar dengan peruntukkan seksyen 2 di dalam Enakmen tersebut. Enakmen tersebut memperuntukkan –
(i) Berdasarkan sijil carian rasmi, Tanah Pertama hingga Tanah Ketujuh kesemuanya telah dipindah milik dan didaftarkan atas nama si mati semasa tempoh perkahwinan dengan Plaintif. Oleh itu, Mahkamah mendapati Plaintif layak untuk membuat tuntutan harta sepencarian terhadap hartanah-hartanah tersebut.
3. Sama ada takat sumbangan Plaintif menjadi faktor pemberat kepada kadar tuntutan harta sepencarian.
(j) Kadar yang diterima bergantung kepada takat sumbangan Plaintif terhadap harta yang dituntut.
(k) Di dalam kes ini, Plaintif telah mengaku tidak memberi sumbangan secara langsung dalam memperolehi hartanah-hartanah tersebut.
(l) Pengakuan Plaintif ini adalah selari dengan peruntukan seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 –
(m) Mahkamah juga merujuk kepada kitab I’anah at-Thalibin, Jld 4, hlm 76 yang menyatakan –
(n) Sepanjang tempoh perkahwinan antara Plaintif dengan si mati, Plaintif secara tidak langsung telah memberi sumbangan yang bukan berbentuk harta kepada pembiayaan dan pemerolehan hartanah-hartanah tersebut. Berdasarkan dapatan di atas, sumbangan tidak langsung itu merujuk kepada pertolongan Plaintif dalam menjaga rumah, memasak, mengemas dan menjadi seorang isteri kepada si mati sepanjang perkahwinan tersebut.
(o) Oleh itu, Plaintif telah layak untuk menuntut harta sepencarian daripada hartanah-hartanah tersebut atas faktor sumbangan tidak langsung Plaintif sepanjang bersama si mati. |
Keputusan | 1. Mahkamah memutuskan untuk Harta Keempat dan Harta Ketujuh adalah kekal menjadi hak milik arwah walaupun didakwa hartanah tersebut berstatus lesen pendudukan sementara (LPS) atau temporary occupational license (TOL).
2. Plaintif mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian hartanah-hartanah tersebut. Plaintif telah berusaha memberi sumbangan tidak langsung sepanjang 21 tahun perkahwinan menjadi seorang isteri.
3. Bahagian yang diterima Plaintif adalah lebih rendah berbanding si mati. Ini kerana Plaintif telah membuat sumbangan tidak langsung untuk hartanah-hartanah tersebut. Kadar yang diberikan kepada Plaintif adalah 30% dan kepada si mati adalah sebanyak 70% untuk difaraidkan kepada waris-waris yang lain. |
Kesimpulan | 1. Pasangan suami isteri yang bercerai mempunyai hak-hak tertentu yang boleh dituntut selepas berlakunya perceraian.
2. Hak-hak yang dituntut perlu melalui proses Mahkamah supaya pintu kezaliman ke atas pihak lain dapat dibendung.
3. Takat sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung kepada sesuatu harta menjadi faktor kepada penentuan kadar dan nilai harta sepencarian yang boleh dan berhak dituntut. |