ZMN v HAP [2018] 3 ShLR 36
|
|
Fakta |
|
Isu-Isu |
|
Alasan Penghakiman |
Isu Pertama: Sama ada Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan bagi memaksa pematuhan terhadap perintah harta sepencarian yang telah dikeluarkan.(a) Mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan dalam kes ini.(b) Asas kuasa tersebut terletak pada seksyen 417 Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN 1965”) yang memberi kuasa kepada Mahkamah untuk mengarahkan Pendaftar atau Pentadbir Tanah mengambil tindakan yang diperlukan bagi memberi kuatkuasa kepada sebarang perintah Mahkamah yang berkaitan dengan tanah.(c) Pemakaian seksyen 417 kepada Mahkamah Syariah disahkan oleh seksyen 421A KTN 1965 yang secara terang memperluaskan tafsiran “Mahkamah” dalam seksyen 417 tersebut untuk merangkumi Mahkamah Syariah. Ini memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk memerintahkan Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah menandatangani Borang 14A dan dokumen berkaitan bagi penjualan harta sepencarian.(d) Permohonan pelaksanaan ini turut disokong oleh seksyen 187 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 (“ETMMSS 2003”) yang membenarkan permohonan pelaksanaan perintah difailkan setelah perintah dikeluarkan oleh Mahkamah.(e) Memandangkan tiada peruntukan khusus yang menggariskan prosedur pelaksanaan perintah harta sepencarian, Mahkamah menjalankan budi bicaranya berdasarkan seksyen 244 ETMMSS 2003 dalam memutuskan cara yang paling sesuai untuk melaksanakan perintah tersebut.Isu Kedua: Sama ada bukti yang dikemukakan oleh Pemohon mencukupi untuk membuktikan keengganan Responden bekerjasama dalam urusan penjualan rumah sehingga mewajarkan campur tangan Mahkamah melalui perintah pelaksanaan.(a) Mahkamah memutuskan bahawa Pemohon telah berjaya membuktikan keengganan Responden bekerjasama dalam urusan penjualan rumah tersebut.(b) Penelitian Mahkamah terhadap surat peguam yang dikemukakan mendapati bahawa Pemohon telah mengambil inisiatif yang munasabah dengan melantik agen hartanah dan mencari pembeli selepas perintah harta sepencarian diperoleh.(c) Rakaman perbualan melalui emel dan surat yang dikemukakan sebagai ekshibit mengesahkan bahawa Responden telah menghalang proses penjualan daripada diteruskan sehingga menyebabkan rumah tersebut mengalami kerosakan dan beban pembayaran ansuran bulanan jatuh ke atas bahu Pemohon semata-mata.(d) Kesan keengganan Responden turut diambil kira oleh Mahkamah iaitu Pemohon terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan rumah sebanyak Rm357 dan mengeluarkan kos pemulihan kerosakan rumah yang dibiarkan terbengkalai tanpa penyelenggaraan oleh Responden.(e) Mahkamah tidak menerima penjelasan Responden bahawa keengganannya adalah disebabkan perintah harta sepencarian belum diperoleh semasa perbincangan berlaku. Bukti perbualan melalui emel dan surat yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa keengganan Responden berterusan walaupun selepas perintah harta sepencarian telah pun dikeluarkan oleh Mahkamah. |
Keputusan |
|
Dapatan Utama |
|
Penghakiman penuh boleh didapati daripada Lexisadvance.


