| U Television Sdn Bhd & Anor v Comintel Sdn Bhd [2017] 5 MLJ
Mahkamah Persekutuan (Putrajaya) Keperluan keterangan pakar dalam membuktikan kegagalan ujian teknikal POC SAT di bawah Seksyen 45 Akta Keterangan 1950. |
|
| Fakta Kes
|
|
| Isu-isu
|
|
| Alasan Penghakiman
|
(1) Sama ada keterangan pakar diperlukan bagi membuktikan isu-isu teknikal berhubung dengan pencapaian Proof of Concept Site Acceptance Test di bawah seksyen 45 Akta Keterangan 1950. (a) Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pertikaian mengenai sama ada ujian Proof of Concept Site Acceptance Test telah dicapai atau dipenuhi adalah satu perkara yang bersifat teknikal. (b) Memandangkan isu ini memerlukan pengetahuan dan kepakaran teknikal, Mahkamah tidak boleh membuat penentuan mengenainya tanpa bantuan keterangan daripada saksi pakar. (c) Mahkamah Persekutuan merujuk kes SABA v Public Prosecutor [1984] 2 MLJ 19, yang menegaskan bahawa walaupun hakim berhak menilai keseluruhan keterangan, hakim tidak sepatutnya membuat kesimpulan mengenai sesuatu perkara yang hanya dapat diputuskan dengan bantuan keterangan pakar. (d) Begitu juga dalam kes PB Malaysia Sdn Bhd v Samudra (M) Sdn Bhd [2009] 7 MLJ 681 dan JA v Public Prosecutor [1993] 3 MLJ 217, Mahkamah tidak boleh memutuskan isu teknikal dalam ketiadaan keterangan pakar. (e) Setelah keperluan keterangan pakar dikenal pasti, Responden sebagai pihak yang mengemukakan tuntutan bertanggungjawab mengemukakan keterangan tersebut bagi membuktikan kesnya. Kegagalan Responden memanggil saksi pakar menyebabkan Responden gagal memenuhi beban pembuktian di bawah seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950. Oleh itu, beban untuk mengemukakan keterangan bagi menyangkal tuntutan tersebut tidak beralih kepada perayu. (2) Sama ada Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila menerima keterangan PW2 dan PW3 sebagai keterangan pakar walaupun mereka merupakan saki fakta yang mempunyai kepentingan dalam kes dan tidak memenuhi keperluan sebagai saksi pakar yang bebas di bawah seksyen 45 Akta Keterangan 1950. (a) Bagi membolehkan seseorang saksi diiktiraf sebagai saksi pakar di bawah seksyen 45 Akta Keterangan 1950, saksi tersebut mestilah seorang yang benar-benar bebas dan mahir dalam bidang yang berkenaan. (b) PW3 ialah Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengarah Comintel manakala PW2 ialah Pengurus Kanan Comintel yang mengendali dan mengawasi projek tersebut. (c) Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa PW2 dan PW3 tidak memenuhi standard saksi pakar di bawah seksyen 45. Mereka hanyalah saksi fakta. (d) Sebagai ahli kumpulan pengurusan kanan Comintel, PW2 dan PW3 dianggap mempunyai kepentingan langsung dalam kes ini. Fakta bahawa mereka mempunyai kepentingan dalam kes tersebut secara automatik membatalkan kelayakan mereka daripada menjadi aksi bebas. (e) Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menerima dan memberi keutamaan kepada keterangan PW2 dan PW3 atas anggapan mereka mempunyai kepakaran teknikal, sedangkan status mereka sebagai pihak berkepentingan menghalang mereka daripada dikategorikan sebagai saksi pakar yang bebas. |
| Keputusan
|
|
|
Dapatan Utama
|
|
MFAR v SFBA [2024] 3 ShLR 76
MFAR v SFBA [2024] 3 ShLR 76 Mahkamah Rayuan Syariah (Shah Alam) Persoalan Undang-Undang Berkepentingan Awam dalam Penceraian Ta’liq Talak Tiga Fakta Pemohon (suami) dan


