| Spind Malaysia v Justrade Marketing Sdn Bhd & Anor [2018] 4 MLJ
Mahkamah Persekutuan (Putrajaya) Penentuan skop perlindungan paten serta penilaian elemen kebaharuan dan langkah mereka cipta (inventive step) sesuatu reka cipta. |
|
| Fakta Kes
|
|
| Isu-isu
|
|
| Alasan Penghakiman
|
(1) Sama ada mahkamah dikehendaki menggunakan dan melaksanakan ujian empat langkah dalam kes Windsurfing International Inc v Tabur Marine (Great Britain) Ltd [1985] RPC 59 bagi menentukan sama ada sesuatu reka cipta yang dipatenkan melibatkan langkah mereka cipta atau tidak bersifat ketara. (a) Mahkamah memutuskan bahawa ujian Windsurfing merupakan titik permulaan yang baik dalam menentukan isu langkah reka cipta kerana ujian tersebut menyediakan rangka kerja yang berguna, memudahkan analisis dan memastikan pendekatan yang konsisten. (b) Walaupun ujian tersebut menjadi panduan yang berguna dalam kebanyakan kes, langkah-langkah yang terkandung di dalamnya tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang tetap atau diterapkan secara mekanikal khususnya dalam kes yang melibatkan fakta yang mudah dan tidak rumit. (c) Mahkamah menegaskan bahawa persoalan utama di bawah seksyen 15 Akta Paten 1983 adalah sama ada reka cipta tersebut bersifat ketara kepada orang yang mempunyai kemahiran biasa dalam bidang tersebut dengan mengambil kira seni terdahulu. (d) Dalam konteks undang-undang Malaysia, mahkamah mengekalkan kesederhanaan ujian Windsurfing asal dengan sedikit pengubahsuaian dari segi terminology bagi memastikan ia selaras dengan kehendak seksyen 15 Akta Paten 1983. (2) Sama ada terdapat perbezaan antara menentukan ciri-ciri yang dituntut dalam tuntutan paten dengan menentukan konsep mereka cipta bagi reka cipta yang dipatenkan. (a) Mahkamah memutuskan bahawa memang terdapat perbezaan antara menentukan ‘ciri-ciri yang dituntut’ dengan ‘konsep reka cipta’, walaupun kedua-duanya mestilah dikenal pasti dengan merujuk kepada tuntutan paten. (b) Skop monopoli dan perlindungan undang-undang yang diberikan kepada pemilik paten ditakrifkan dan dihadkan sepenuhnya oleh bahasa tuntutan paten tersebut. (c) Konsep reka cipta tidak boleh disamakan sepenuhnya dengan keseluruhan perkataan bertulis dalam tuntutan paten kerana ia merujuk kepada teras, intipati atau prinsip utama bagi idea reka cipta tersebut. (d) Pendekatan mentafsir tuntutan secara terlalu kaku “too woden” harus dielakkan kerana ia gagal membezakan antara bahagian tuntutan yang penting dengan bahagian sekadar mengehadkan sempadan. (3) Sama ada penilaian terhadap konsep mereka cipta sesuatu reka cipta perlu dihadkan kepada tuntutan paten sahaja atau ditafsirkan berdasarkan keseluruhan spesifikasi paten serta pengetahuan umum seseorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang berkaitan. (a) Mahkamah memutuskan bahawa penilaian terhadap konsep reka cipta mestilah dihadkan kepada tuntutan paten sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai satu konsep umum atau samar yang tiada dalam tuntutan walaupun ia dinyatakan di bahagian lain spesifikasi paten. (b) Adalah satu salah tanggapan asas untuk menganggap konsep reka cipta boleh wujud di luar tuntutan kerana pemilik paten tidak boleh diberikan monopoli undang-undang ke atas sesuatu konsep reka cipta yang tidak dituntutnya. (c) Apa-apa kelebihan teknikal atau fungsi yang ingin dicapai oleh pencipta tetapi tidak dimasukkan ke dalam skop bahasa tuntutan paten tidak boleh dianggap sebahagian daripada konsep reka cipta. (d) Berdasarkan prinsip undang-undang paten, apa yang tidak dituntut di dalam bahasa tuntutan paten adalah disifatkan sebagai telah dilepaskan kepada orang awam. |
| Keputusan
|
|
| Dapatan Utama
|
|
UM V EJP SDN BHD [2026] LCR 4 (FC)
UM V EJP SDN BHD [2026] LCR 4 (FC) Federal Court (Putrajaya) Waiver of Right to Arbitration by Taking Steps in Court Proceedings Facts


